Masalah dengan Hutang Kredit Kad – Apa Nak Buat?

Saya menerima mesej dari pembaca, saya copykan di sini:

“Assalamualaikum, utk settlekan hutang kredit card better kita pegi discuss dengan bank atau AKPK? sy ada hutang tertunggak 3 tahun sbb kehilangan kerja, sekarang dh bekerja semula dan nak bayar balik hutang kredit card.. mohon nasihat tuan..”

Saya cuba jawab berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya. Ini option yang boleh dibuat untuk settlekan hutang kad kredit :

1) Dapatkan Bantuan AKPK – http://www.akpk.org.my

– Dapatkan Info berkenaan hutang kredit kad tersebut dan berjumpa dengan AKPK. Normally, AKPK hanya akan mengambil kes yang masih belum ada tindakan undang-undang ke atas pengguna. Dalam kes di atas i.e. sudah 3 tahun kredit kad tertunggak, kemungkinan besar, tindakan undang-undang telah diambil. Apapun, no harm trying kan? Case to case basis, mungkin AKPK boleh membantu.

2) Dapatkan Khidmat Nasihat Bank Negara Malaysia
– Bank Negara Malaysia LINK menyediakan khidmat pelanggan secara langsung kepada pelawat yang datang ke Bank Negara Malaysia untuk pertanyaan am dan aduan orang ramai. Kakitangan di Bank Negara Malaysia LINK sedia membantu dan menangani secara berkesan serta mengendalikan hal-hal dalam bidang perbankan, insurans, pembiayaan PKS, mata wang dan perkara-perkara lain yang di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia.

3) Jumpa dan discuss dengan Bank tersebut
– Ini langkah terakhir sekiranya langkah 1 dan 2 masih gagal. Boleh cuba berbincang dengan bank tersebut i.e. restructurekan hutang kredit kad tersebut dengan term yang ‘win-win’ for both party.

4) Bagi yang betul-betul serius untuk settlekan hutang kredit kad dengan lebih pantas, saya rekomenkan untuk dapatkan –> Ebook Langsai Hutang Kredit Kad

Harap ianya dapat membantu. Sekiranya pembaca ada cadangan lain, bolehla tinggalkan di ruangan komen. 

Entri berkaitan Kredit Kad – 

1) Bolehke Survive Tanpa Kredit Kad?
2) Kredit Kad – Ah Long Yang Sangat Senyap
3) Pantang Larang Personal Loan dan Kredit Kad

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Masalah dengan Hutang Kredit Kad – Apa Nak Buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.