Majlis Aqiqah Ariana

Raya ke-3 yang lepas, sempat buat Majlis Aqiqah di kampung halaman, Terengganu. Mak panggil kumpulan Marhaban wanita untuk majlis ini. Mak pun salah seorang ahli marhaban wanita yang ditubuhkan di kampung beberapa tahun yang lepas.

Aqiqah Ariana 2014 3

Pasang buai , pinjam dari jiran yang baru lepas adakan majlis aqiqah yang sama.

Aqiqah Ariana 2014 6

Anak-anak sibuk nak join sekali. Turutkan saja. Saya jadi photographer tidak profesional pada hari tersebut.

Aqiqah Ariana 2014 13

Adik beradik isteri sekeluarga turut datang dari Kelantan. Buat majlis simple-simple je ,ajak saudara mara terdekat. Sambil beraya sekali.

Aqiqah Ariana 2014 15

Good boy, good girl anak-anak Papa.

Antara video yang sempat saya rakamkan sempena majlis aqiqah Ariana.

Aqiqah Ariana 2014 17

Cukur jambul si Ariana sekali. Nyenyak dia tidur.

Aqiqah Ariana 2014 18

Mak mertua turut serta cukur jambul Ariana.

Aqiqah Ariana 2014 19

Mak Eyriqazz pun tidak melepaskan peluang.

Aqiqah Ariana 2014 23

Alhamdulillah, settle satu majlis Aqiqah dan gembira dapat menunaikan Sunat Muakkad ini.

img_3330

Hari raya haji bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi yang teringin untuk menunaikan Ibadah Qurban dan Aqiqah, saya syorkan melalukan Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja.  Penduduk Islam di sana lebih memerlukan daging qurban, salah satu makanan luxury bagi mereka. 

Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :

  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban

Tempahan Qurban dan Aqiqah melalui laman web eQurban dijamin ketulenanan dan pihak eQurban akan memberikan sijil dan gambar yang boleh didownload secara online selepas ibadah qurban dan aqiqah tersebut dilakukan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Majlis Aqiqah Ariana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.