Alisya Mimpi Hantu

Alhamdulillah, sejak Ariana lahir, Alisya dah boleh tidur biliknya sendiri. Semasa berpantang, dia tidur dengan mak mertua. Balik kembali dari berpantang, dia sudah boleh tidur di biliknya. Bukan main Isteri kemaskan bilik ala-ala princess supaya Alisya selesa tidur.

Namun, sejak beberapa hari ini, Alisya susah nak tidur di biliknya. Dia kerap terjaga malam. Terjaga malam then join tidur di bilik kami or masa mak mertua datang, tidur dengan mak mertua. Semalam pun sama.

Alisya : Papa, Alisya takut. Temankan Alisya. Alisya mimpi
Papa : Alisya mimpi apa…

Alisya senyap …Tidak menjawab…. Saya layankan dan temankan Alisya tidur…

Alisya : Papa, Alisya suka tidur bilik mama dan Papa
Papa : Tak boleh Alisya. Alisya dah 5 tahun. Kena tidur bilik Alisya. Mana muat dah nak tidur bilik Papa dan Mama

Alisya : Tapi, Alisya takut. Alisya mimpi hantu
Papa : Nanti papa pasangkan ayat quran ya?

Teringat pula Ayat ruqyah yang Ustaz Noehas pesan suruh pasangkan kalau anak-anak susah nak tidur waktu malam.

Pukul 12 malam dia tertidur. Dalam pukul 3 pagi dia terjaga dan join kami tidur dalam bilik. Papa, Alisya takut.

Urmm, pening juga dibuatnya. Any suggestion menangani problem camni?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Alisya Mimpi Hantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.