Pengalaman Kedua Shopping di Lazada Malaysia

Pengalaman Shopping Online di Lazada Malaysia pertama kali 2 tahun lepas agak mengecewakan. Barang yang diorder lambat sampai dan tidak seperti dijanjikan. Namun, dalam tempoh dua tahun tersebut, saya perhatikan banyak perubahan positif yang telah dilakukan oleh Lazada Malaysia antaranya improvekan servis penghantaran dan mengambil serius komen/feedback dari pengguna yang membeli di sini.

Saya sendiri pihak Lazada Malaysia memohon maaf melalui e-mail dan juga personally in person ketika di salah satu event bloggers yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Alhamdulillah, inilah yang pengguna mahukan. Memperbaiki prestasi demi kebaikan kedua-dua pihak.

Memberanikan diri untuk shopping buat kali kedua beberapa hari yang lepas sempena Lazada Malaysia Super Raya Sale .  Isteri pun dah siap buat wishlist, jadi taknak menghampakan lebih-lebih pada birthdaynya itu. Saya pun order 3 jenis barang di sana. As precaution takut pisang berbuah dua kali, saya order menggunakan Cash On Delivery (COD). Jadi, kalau barang tak sampai tak perlu la risau sangat kan?

Dalam pukul 11 pagi tadi, dapat panggilan. Encik, barang encik dah nak sampai. Kami tak boleh nak masuk Condo encik, boleh encik turun?

Lazada Malaysia Shopping Online 5

Fuhh, tak sangka, pantas pula order kali ini. Dua hari dari tarikh order dah sampai. Owhh, mereka menggunakan servis penghantaran baru dari Ta-Q-Bin rupanya. Takpela, asal barang sampai.

Lazada Malaysia Shopping Online 6

Banyak juga barang-barang yg nak dihantar oleh mereka kali ini. Bayar cash, sign, done. Sekejap dah settle. Staff dia pun agak peramah.

Lazada Malaysia Shopping Online 1

Inilah 3 barang yang saya order ketika sales tersebut.

Lazada Malaysia Shopping Online 2

 

1) Food Steamer – RM99 (Harga asal, RM169) . Ini yang isteri order. Food me, kurang RM100. Ok la kan? Free delivery pula tu. Mesti la saya order.

 

Lazada Malaysia Shopping Online 4

2) Robot Vacuum Cleaner RV1 – RM199 (harga asal RM699, Current price di Lazada Rm228). Fuhh, nasib baik sempat beli time sales time tu. Senang la sikit lepas ni nak vacuumkan rumah. Tak gitu?

Lazada Malaysia Shopping Online 3

3) Shaver kaki? Barangni tersilap hantar, sepatutnya saya order Philips Hr1600/01 550W Daily Collection Hand Blender pada harga Rm99. Dah informkan pihak Lazada, mereka akan tukarkan barang , free of charge. Nanti mereka akan hantarkan yg diorder dan saya akan pulangkan shaver kaki ni.

So far, saya puas hati walaupun salah satu barang yang diorder tersilap hantar. Kesilapan teknikal pada saya dan boleh dimaafkan. Overall, pengalaman kedua ini, saya lebih yakin dan berpuas hati dengan perkhidmatan Lazada Malaysia. Barang yang diorder harga berpatutan, free delivery, dan boleh dapatkan diskaun yang menarik.

Shopping Online di Lazada Malaysia,  bolehla layari laman http://www.lazada.com.my

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Pengalaman Kedua Shopping di Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.