Kumar dah Hire Pekerja

Kumar Si Pencuci Kereta. Credit gambar : Shakiddo.com

Kumar Si Pencuci Kereta. Credit gambar : Shakiddo.com

Saya pernah kongsikan entri pasal Kumar beberapa bulan yang lepas. Fuhh, semakin murah rezeki Kumar yang mencuci kereta di kondo kami. Sejak bulan lepas, saya nampak kumar tidak lagi berseorangan mencuci kereta tapi membawa rakan @ pekerjanya sekali. Sudah pasti bisnes cuci keretanya semakin maju, sampaikan kini sudah mampu hire pekerja.

Rahsia Murah Rezeki , salah satunya jangan takut untuk memberi @ berkongsi rezeki. Kumar berkongsikan rezekinya dengan rakannya dan mengambil rakannya bekerja dengannya. Siapa tahu dari hanya membawa basikal mencuci kereta, suatu masa nanti Kumar mampu ada kedai mencuci kereta sendiri? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?

Sebut pasal rezeki, last months saya ada praktikkan satu tips Rahsia Murah Rezeki  iaitu jangan takut untuk memberi. Buka wallet , ambil note yang paling besar dan dermakan ia ie untuk tabung masjid etc. Time tu ada note Rm1o je yang paling besar dan saya dermakan wang itu. Surprisingly, Beberapa hari selepas itu, saya menang Set Sofa dari Courts yang berharga Rm2K+. Alhamdulillah….

Good Luck Kumar… Kata pepatah, Usaha tangga Kejayaan……Jom sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih positif….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Kumar dah Hire Pekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.