Kemeriahan Shopping Raya di Jalan Masjid India

Hari ini berbuka puasa dengan Ex-Rakan Sekerja @ Cimon di Jalan Masjid India. Sebelum berbuka, sempatla singah-singah kejap di Jalan Masjid India. Fuhh, memang meriah dengan ramai pengunjung mengunjungi tempat yang memang popular untuk mencari kelengkapan shopping raya seperti pakaian, kuih muih, sampul raya, dan pelbagai lagi.

Shopping di Jalan Masjid India 1

Turun je LRT Masjid Jamek, sudah nampak kemeriahan. Memang agak ramai orang walaupun sudah pukul 6.30 petang lebih @ lebih kurang sejam waktu berbuka puasa.

Shopping di Jalan Masjid India 2

Sales sana, sales sini. Slash harga sana, harga sini bagi menarik pengunjung berkunjung dan shopping di sini. Memang meriah.

Shopping di Jalan Masjid India 3

Of course, mostly wanita yang memenuhi ruangan di Jalan masjid India ini. Keluarga kalau dari kampung kalau datang KL pun, ini antara lokasi wajib yang mereka akan singgah untuk cari tudung, baju, etc.

Shopping di Jalan Masjid India 4

Nak masuk pun bersesak-sesak. Urmm, tak jadi nak masuk dalam lagi. Ramai sangat orang. Rasanya mahu berpeluh-peluh kalau bersesak di dalam itu.

Shopping di Jalan Masjid India 5

Kat ruangan luar depan Mydin pun masih ramai orang. Murah rezeki peniaga di sini. No wonder, Tapak Bazaar Ramadhan ada yang cakap mereka beli dengan harga RM50K dari orang tengah di Jalan Masjid India ini.

Shopping di Jalan Masjid India 6

Singgah beli kuih muih sat untuk berbuka puasa. Nak singgah dalam, maybe lain kali la. Ramai sangat orang.

Shopping di Jalan Masjid India 7

Ramai kan? Local, foreigner, memenuhi Jalan Masjid India ini. No wonder ianya menjadi pilihan pelbagai golongan untuk shopping raya di sini.

Alternatif lain, saya merasakan boleh try Shopping di Kenanga Wholesale City, banyak juga pilihan menarik untuk shopping raya di sana. Parking banyak dan tempatnya ada aircond dan tidakla secrowded di Jalan Masjid India ini.

Kalau shopping dan mencari kelengkapan raya online, maybe boleh try di Lazada Malaysia dan Zalora Malaysia. Pelbagai pilihan pakaian, barangan elektrik ,dan etc untuk raya boleh diperolehi di sana. Cash On Delivery pun turut  ditawarkan. Jadi tak perlu nak risau sangat kalau barang tak sampai.

P.s : Dah shopping kelengkapan raya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Kemeriahan Shopping Raya di Jalan Masjid India

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.