Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

kastam

Tahniah buat calon yang terpilih untuk menghadiri Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27  pada 5 Ogos 2014 nanti. Persiapan yang rapi dalam menghadapi peperiksaan penting ini adalah penting bagi meninggikan peluang untuk berjaya/lulus peperiksaan ini dan seterusnya dipanggil untuk sesi temuduga. Panduan Khas dari Team Infokerjaya yang dikongsikan Contoh Soalan Peperiksaan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

1) Seksyen Pengetahuan Am (Soalan Objektif)
2) Seksyen Matematik&Penyelesaian Masalah (Soalan Objektif)
3) Ujian Psikometrik

KLIK untuk Pakej Rujukan Penuh Exam Kastam 27

Senang? Saya pernah menghadiri Peperiksaan PTD beberapa tahun lepas yang turut mengemukakan Soalan Pengetahuan Awam. Walaupun berkelulusan Ijazah dari luar negara, saya terkapai-kapai untuk menjawab persoalan tentang pengetahuan am antaranya berkenaan Sukan Olimpik, pemimpin negara, geografi, sejarah dan pelbagai lagi. Kurang persediaan dan tidak mengetahui wujudnya sumber rujukan yang dapat membantu seperti di atas, akhirnya saya gagal untuk dipanggil temuduga. Ya, jangan pandang ringan tentang persediaan dan memahami contoh soalan yang bakal ditanyakan ketika menghadiri Peperiksaan itu nanti. Usaha tangga kejayaan.

Pegawai kastam

Sedikit Informasi Tentang Penolong Pegawai Arkib S27 :

Gaji – Minimum RM1,367.00 ( bagi yang berkelulusan minimum STPM, tidak termasuk dengan elaun rasanya). Dicampur elaun almost mencapai RM2K
– Minimum RM1,667.08(bagi yang berkelulusan Diploma)

Deksripsi Tugas
1) Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
2) Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
3) Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
4) Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
5) Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
6) menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

Sumber – Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Contoh Soalan Peperiksaan

Contoh-Soalan-Pengetahuan-Am
Contoh Soalan Pengetahuan Am

Contoh-Soalan-Daya-Menyelesaikan-Masalah
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

Kenapa Calon Gagal dalam Peperiksaan Ini?
– 
 Kurang persediaan, kurang membaca dan mendapatkan tips yang berkesan sebelum menghadiri peperiksaan ini terutamanya dalam menjawab soalan berkaitan pengetahuan Am. Kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan. Goyang kaki masuk dewan, kemungkinan besar tidak dipanggil untuk sesi temuduga i.e. gagal dalam peperiksaan ini.

Tips Menjawab Soalan 

Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Panduan Lulus Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27
Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 orang dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan. Jualan untuk pakej rujukan ini akan  dibuka pada: 31 JULAI – 4 OGOS 2014

  KLIK untuk Rujukan Lengkap Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 

Sudah lulus Peperiksaan Online Penguasa Kastam, boleh la dapatkan Tips Temuduga di bawah ini :

 

[+]Dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.