≡ Menu

Weekend lepas, berkesempatan menikmati Buffet Ramadhan di Casa Ombak . Special thanks saya ucapkan buat Denaihati Network dan Akmaomar yang menjemput saya menikmati juadah berbuka puasa ala kampung yang pelbagai pilihan dan menyelera. Rezeki jangan ditolak, kan?

Kuih Muih Buffet Ramadhan

Sampai je, terus tertarik melihat pelbagai kuih muih tradisional yang membangkitkan selera. Satu keunikan berbuka puasa di sini, open place dengan udara bertiup sepoi-sepoi bahasa membangkitkan selera. Casa Ombak nama lokasi diberi dari Syarikat Ombak Creative .

Sedikit info tentang Ombak Creative
Sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam event management seperti Catering, Majlis Perkahwinan, Corporate event , etc. Dengar cerita, pakcik Sohoque pun bakal menempah dari Ombak Creative untuk majlis perkahwinan dengan isteri no. 2 nya nanti.

Saya kongsikan pengalaman saya menikmati juadah berbuka puasa @ buffet ramadhan di sini .

Garden View Casa Ombak KL

1) Lokasi yang Strategik @ Casa Ombak, KL
Casa Ombak nama diberi. Terletak di belakang Doubletree by Hilton Hotel Kuala Lumpur. Sangat mudah untuk singgah ke sini, waze or cari saja di GPS .

Staff Casa Ombak

2) Pelbagai Juadah yang menyelera
Bertemakan selera kampung, dengan pelbagai juadah antaranya nasi campur, laksam, ikan bakar, kuih muih, roti, dan pelbagai lagi. Tempatnya pun agak bersih dan pekerja-pekerja di sini agak mesra membuatkan lebih selesa menjamu selera dan berbuka puasa di sini. Buffet Ramadhan yang pastinya menjanjikan satu kelainan di sini.

Sampai awal berbuka puasa

Sampai agak awal, jadi boleh lihat pekerja-pekerja berdedikasi menyiapkan juadah berbuka puasa.

Banner buffet ramadhan 2014

Stage utama. Mungkin dirancang untuk persembahan etc. Beriya-iya Pakcik Sohoque nak berkaraoke di sini.

Suasana berbuka puasa casa ombak

3) Suasana yang Santai

Meja bertemakan hijau, kerusi putih, quite nice sususan mejanya. Berkonsepkan Garden, santai. Sambil menikmati buffet yang disediakan, view yang kehijauan, menenangkan fikiran. Boleh memuatkan lebih kurang 200+ pengunjung, nice number.

Hidangan kampung berbuka puasa

Jemput pilih. Jangan malu-malu.

Kuih muih yang menyelera

Kuih muih . Tak lengkap hidangan tradisional tanpa kuih muih kan?

 

Harga berbuka puasa di Casa Ombak Jalan Damai

4) Harga yang Berpatutan
Harganya yang agak berpatutan iaitu RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak. Rasanya agak sukar dah nak mencari harga buffet ramadhan yang di bawah RM60 di Kuala Lumpur ini. Agak berbaloi.

Ikan Bakar hidangan istimewa

Abang, Ikan bakar satu? Tapau bawa balik ya? Hehehe. Just kidding.

Telur burung puyuh masak pedas

Cuba teka telur apa? Telur puyuh masak pedas, salah satu pilihan saya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 20

Ayam Masak Kurma. Sedap juga .

Buffet Ramadhan Casa Ombak 21

Hidangan sotong. Kalau nak makan dengan nasi kerabu pun boleh juga.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 22

Paru. Memang rambang mata dibuatnya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 23

Tak lengkap tanpa sayur-sayuran.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 24

Ikan masin. Nyam,nyam terus berkeroncong perut dibuatnya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 26

ABC. Kalau ada Cendol sekali, tentu lebih layan ni kan?

Buffet Ramadhan Casa Ombak 27

5) Kemudahan Surau
Kemudahan surau yang terletak lebih kurang beberapa meter dari tempat makan memudahkan pengunjung untuk solat sama.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 28

Roti Jalan satu bang. Hantar ke meja sana ya? Amboi-amboi, lelebih pula?

Buffet Ramadhan Casa Ombak 30

Juadah pembuka selera, berbuka puasa meja kami. Yang makanan banyak-banyak tu Shakiddo dan Pakcik Sohoque punya ya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 31

Jom pekena laksam pula.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 33

Antara rakan bloggers yang turut hadir. Overall, ini antara feedback dan cadangan dari saya:

1) Hidangan yang menyelera. Memang kena dengan selera saya
2) Penganjur yang friendly. Rasa nak singgah lagi. Maybe next year bila Isteri dan anak-anak sudah balik KL
3) Parking – Mungkin boleh letak signboard, Parking Casa Ombak di sini . Mudah sedikit buat pengunjung
4) Tempahan – Mudah . Telefon saja pun dah boleh tempah. Cadangan saya, mungkin boleh berikan harga diskaun untuk yang beli voucher melebihi certain kuantiti i.e. 10 or tempahan secara group.
5) Harga – Worth it. Value for money. Harga setimpal dengan juadah yang disediakan
6) Tidak perlu berebut-rebut – Quite happy berbuka di sini. Queue tak panjang, mudah memilih makanan. Good Job

Overall rating – 8/10 . Memang saya rekomenkan berbuka puasa di Casa Ombak ini.

casa-ombak-maps-540x655
A
lamat : Casa Ombak Sdn Bhd, No. 22 Jalan Damai, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

 

Tempahan

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi  ditalian:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page

 

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja olehPengurus Perkahwinan Ombak CreativeLelaki KacakRoti Boom AsliCustom TshirtDenaihati.comInspired MagazineProfhariz.comKitePunye.com,Zoncinta.comJawatan Kosong KerajaanExam PTD.

p.s : - -> Panduan Jana 5 Angka Sebulan dengan Bisnes Burger



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

WP-SpamFree by Pole Position Marketing