Throwback – Cable Car Gunung Mat Cincang Pulau Langkawi

Special thanks buat Food Blogger Melayu Popular, yang mencadangkan idea entri throwback ini. Kali ini, berkongsi pengalaman ketika Bloggers FAM Trip ke Langkawi tahun lepas, destinasi yang dituju Cable Car Gunung Mat Cincang @ salah satu tempat menarik di Pulau Langkawi.

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 8

Jom naik kereta kable. Compare dengan cable car Genting Highlands, yang ni memang lebih gayat, lebih tinggi dan lebih mencabar di dua tempat persinggahan.

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 9

Harga yang berbeza dikenakan untuk rakyat Malaysia dan foreigner. Almost double rasanya. Harga yang lebih mahal kalau taknak queue, bayar extra. Bijak dorang buat duit kan?

ticket123Harga Tiket Cable Car Langkawi
Dewasa – RM30
Kanak-kanak – RM15
* Rasanya tak silap saya 50% kalau produce IC (perbetulkan saya kalau silap)

Info – Panorama Langkawi website (Info diambil June 2014)

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 14

Inilah rakan satu kereta Kabel, Puan Epal dan Penmerah. Tahniah Puan Epal yang baru melangsungkan perkahwinannya beberapa hari yang lepas. Tengok update di Instagram pun, memang meriah dan cantik-cantik gambar yang diambil. Serius jealouss tengok gambar, rasa macam nak kahwin lagi sekali je. Hahaha..

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 16

Pemandangan dari kereta kabel. Memang cantik. Kalau time cuti sekolah cam sekarang, beratur confirm panjang.

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 19

Ada la juga terasa kegayatannya especially bila melihat ke bawah. Thrill. Inilah antara destinasi pertama yang saya singgah semasa Honeymoon dulu. Time tu lagi best, jambatan dia masih dibuka. Sekarang ini sehingga Jun 2014 ni pun, dengar khabar masih dibaiki. Entah bila nak siap ntah. Serius cantik pemandangan dari Jambatan di atas sana.

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 21

Cantik kan? Hohohoho, akhir tahun ni nak singgah langkawi lagi la.

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 25

Seronok. naik sekali rasa nak naik lagi. Naik lagi, rasa nak naik lagi. kalau Jambatan dia siap, tentu lagi seronok lagi.

Naturally Langkawi Bloggers FAM Trip 2013 LADA #tianchad-101
Air Terjun Cantik Langkawi. Credit picture :Tianchad.com

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 28

Partner in crime @ rakan sebilik ketika trip tu , Cipot @ SelebritiOnline.Com . Seorang yang happy go lucky, dan sentiasa menceriakan suasana. Gadget dia bawak tak perlu cerita la. Dari laptop, kamera, adapter, charger, macam beg doraemon la lebih kurang. Kagum, berhenti kerja demi mengejar cita-cita menjadi seorang blogger dan penulis laman web hiburan yang semakin popular .

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 33

Berhenti seketika. Ambil gambar.

Cable Car Gunung Mat Cinchang Pulau Langkawi 34

Time trip ni, all masih single. Now, tinggal sorang je yang masih bergelar anak dara. Seorang bakal jadi ibu dan seorang barujer bergelar isteri orang.

Naturally Langkawi Bloggers FAM Trip 2013 LADA #tianchad-67

Muka gadis yang nangis kena paksa naik cable car. Hehehe, good job boleh juga naik sampai atas dan melawan ketakutan. Next time, boleh masuk Fear Factor ni Nisa Kay.

Naturally Langkawi Bloggers FAM Trip 2013 LADA #tianchad-68

Cantik kan? Kredit picture to TianChad.com again, salah seorang blogger yang cukup saya kagumi dengan gambar yang memukau dan penceritaan yang menarik. Jom baca perkongsian dia di SINI

Naturally Langkawi Bloggers FAM Trip 2013 LADA #tianchad-94Ingat-ingat balik, layan juga FAM Trip sebegini. Kalau bukan kerana “X Factor” mungkin entri ini dipublishkan lebih awal. Hehehehe… Biarla rahsia X factor tersebut.

Till then, Pulau Langkawi sememangnya menawarkan destinasi menarik untuk percutian. Pelbagai tempat menarik, makanan yang menguja, aktiviti yang mempesona, dan tarikan yang pelbagai. Sudah pasti akan saya singgahi lagi di sini di lain masa.

Anyway, Jika ingin berkunjung dan menempah hotel di Pulau Langkawi,  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

12 thoughts on “Throwback – Cable Car Gunung Mat Cincang Pulau Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.