Pengalaman di Capsule Container Hotel KLIA2

Weekend lepas, sempat menginap di Capsule Container Hotel KLIA2. Saya mengetahui kewujudan Capsule Container Hotel yang terletak di dalam KLIA2 ini dari blog Denai.my. Malam tu perjalanan dari Kota Bharu – KLIA2, agak kepenatan dan membuat keputusan untuk menginap di sini dan besoknya terus gerak ke tempat kerja.

Capsule Container Hotel KLIA2 1

Orang mengantuk disorongkan bantal, terimakasih buat Food Blogger Melayu Popular yang memberikan saya vouchers/kupon untuk menginap percuma selama 3 jam di sini. Saya membuat keputusan mengambil 9 jam, so additional 6 jam, bayar sendiri. Hehehe.

Capsule Container Hotel KLIA2 3

Lokasinya terletak di Level 1. Sama lokasi dengan banyak tempat makan dan tempat menunggu bas, membeli tiket teksi, dan mendapatkan perkhidmatan kereta sewa di KLIA2. So, agak selesa la.

Kredit gambar - Denai.my
Kredit gambar – Denai.my

Harga Menginap – Harga menginap di sini berdasarkan jam iaitu RM45 untuk 3 jam, RM70 untuk 6 jam, dan RM90 untuk 12 jam. Deposit RM50 dikenakan. Antara add on lain yang diberikan :

1) Tower disediakan
2) Selipar disediakan
3) Loker berkunci disediakan
4) Shower percuma
5) Wifi (Agak laju juga)
6) Separate container between lelaki/wanita
7) Tandas untuk mandi/etc

Capsule Container Hotel KLIA2 5

7 langkah mudah. Follow je step. 
Capsule Container Hotel KLIA2 9

Inilah lebih kurang bilik/container. Tilam single dan disediakan access card untuk elektrik dan soket untuk chargekan phone etc.

Capsule Container Hotel KLIA2 11

Chargekan phone dulu. Mandi, take a rest, tidur.

Capsule Container Hotel KLIA2 27

Sedikit ruangan untuk letakkan barang in case.

Capsule Container Hotel KLIA2 24

Langsir yang boleh ditarik tapi tidak berkunci. So, kalau ada barang berharga, disyorkan diletakkan di dalam loker.

Capsule Container Hotel KLIA2 32

Boleh nampak capsule lain di luar. Hehehe.

Capsule Container Hotel KLIA2 12

Bertingkat-tingat Container. Teringat pula zaman belajar di asrama.

Capsule Container Hotel KLIA2 13

Common area. Lepak2, boleh tengok bas, santaikan diri .

Capsule Container Hotel KLIA2 15

Tandas. Urmm, cadangan saya, mungkin tandas ini boleh dikemaskan lagi, kasi nampak lebih cantik dan tidak nampak sangat macam tandas yang boleh diubah alih.

Capsule Container Hotel KLIA2 17

Tingkat paling atas. Nampak lebih selesa.

Capsule Container Hotel KLIA2 20

Loker yang disediakan. Kunci tu boleh terus letak di tangan ketika tidur. Selamat sikit kan?

Overall, pengalaman saya antara feedback dari saya :

1) Lokasi yang strategik. Most yang menginap time saya datang aritu yang menunggu flight awal pagi for e.g. . Kepenatan boleh take a rest beberapa jam sebelum catch flight.
2) Kemudahan yang pelbagai.
3) Harga – Not bad. Tapi, kalau lebih murah, tentu lebih ramai yang akan singgah. Hehehe
4) Security – Disediakan loker. Tak pasti di dalam tu ada CCTV tak in case la kan?
5) Wifi Connection agak laju. Quite nice bagi blogger macam saya. Internet is a must for me. Hehehe
6) Overall experience – 7.5/10

 Untuk tempahan Capsule Container Hotel KLIA2, bolehla tempah di laman web Agoda.Com


Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Pengalaman di Capsule Container Hotel KLIA2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.