Murah Rezeki Berkongsi Rezeki

MURAH REZEKI  USTAZAH NOR BAHYAH

Tertarik dengan entri Β Banyak Memberi Tidak Akan Menjadikan Kita MiskinΒ entri yang dikongsikan oleh Blogger AyuArjuna, berkongsi pengalamannya berkongsi rezeki. Saya ambil sedikit ayat dari entri entrinya :

Saya kirimkan susu..
Untuk diberikan wanita tersebut..
Masa tu saya malas nak fikir..samada susu tu wanita tu amik ke buang ke…
Tapi rasa lega sangat..tak tahu apersal…maybe teringat2 kat bayi yang kelaparan di pasar malam..

2 hari lepas kejadian…
Saya dapat call dari pihak Dutch Lady…
Saya menang cash dan stok susu untuk setahun (kalau tak silap)…
Stok susu setahun, uollls……
Bayangkan berapa banyak stok susu saya dapat..
Siap boleh pilih nak susu STEP berapa, perisa apa…
Memang hepi giler…..

img_3434
Saya ingin kongsikan pengalaman saya tahun lepas. Sudah agak lama saya memasang niat untuk melakukan Ibadah Qurban Secara Online di Kemboja. Namun ada saja yang menghalang saya untuk menunaikan niat saya tersebut. Sehinggalah suatu hari, Income blog/gaji saya ada lebih sikit. Saya ambil la satu bahagian dan melalukan Qurban melalui eQurban, time tu satu bahagian lembu adalah RM250. Gembira dan rasa lebih tenang dapat menunaikan niat dan melalukan Ibadah Qurban. Saya tahu, rakyat Islam di kemboja lebih memerlukan daging qurban ini. Makanan mewah bagi mereka, sentiasa penuh peti sejuk nak simpan di Malaysia di sesetengah tempat.

Pendek cerita, beberapa bulan selepas itu :

photo (12)
Isteri menang Grand Prize Offline Contest, Hadiah Wang Tunai Bernilai RM25,000Β Β . Masya Allah, RM250 yang saya berikan, RM25,000 Allah membalasnya. Hebatnya penangan “Hidupkan Untuk Memberi”. Patutla semakin murah Rezeki Blogger yang terkenal dengan Hidupkan untuk memberi, Tuan Denaihati, rezeki dan bisnessnya yang semakin mencurah-curah. Dengar cerita bakal tambah seorang lagi Isteri, betul ke tuan? Hehehe, gurau je.

Ya, banyakkan memberi tidak akan menjadikan kita miskin, namun akan menjadikan kita lebih dimurahkan rezeki. In Shaa Allah.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Murah Rezeki Berkongsi Rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.