Kisah Peniaga Melayu di Bulan Ramadhan

photo (49)

Sempat singgah di Uptown Danau Kota sebentar tadi. Biasalah, bila dah bujang ni, merayap la sekejap. Hehehe…

Situasi Satu – Beli Aiskrim 

Adik, aiskrim ada?. Ada bang, jap saya ambil. Diberikannya saya air tin. Adik, saya nak aiskrim,yang selalu berniaga sebelah ni. Owwh, aiskrim tu takde. Tapi kat depan tu ada jual aiskrim. Orang lain. Saya pi la kat kedai aiskrim tu. Order aiskrim strawberry. Ehh, sama je orangnya ngan sebelum ini. Rasanya pun sama? .Umm, adik kedai sebelah, kalau saya tak jadi beli air kat kedai adik, janganla tutup rezeki peniaga lain.

Situasi 2 – Parking Motosikal

Abang, parking motosikal Rm2? .Aikks, biasa parking Rm1. lagipun tak parking dalam Shell. Tengok2, macam ada khemah baru dibuka di Uptown. Sebelah tu ada motosikal parking. Biasa percuma. Koperasi apa ntah. Abang RM2 ya bang? . Urrm, tak jadi parking, pergi parking kat kedai mamak tak jauh dari situ. RM2, dah lepas beli aiskrim satu.

Situasi 3 – Patung Mainan Frozen

Adik, berapa harga mainan Princess Elsa Frozen ni? RM25 bang.  Boleh kurang tak? Si Isteri macam mula-mula nak cakap boleh kurang tapi tak sempat dia nak cakap, suami nya mencelah, RM25 bang. Tak boleh kurang. Kalau nak yang murah, sebelah ni yang kecil ada, RM10 je? Amboi2, mentang-mentangla saya pakai baju biasa, nampak selekeh, dilayannya saya acuh tak acuh. Minta kurang pun terus menjuih. Takpela adik, ingat nak beli 2 tadi, tak jadi la. Saya beli tempat lain je nanti.

Ye, bulan Puasa ni bulan rezeki especially peniaga. Tapi, agak-agakla kan? Peniaga Melayu, masih ramai yang tidak belajar tips dan trick berniaga bagi menarik pelanggan dan kelangsungan untuk masa hadapan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Kisah Peniaga Melayu di Bulan Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.