Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014

Beberapa hari lepas, dijemput untuk Preview Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort dengan tema Buffet ramadhan tahun 2014 ini ” Santapan 29 Malam”. Menu-menu yang disediakan sempena ramadhan yang bakal menjelma sememangnya menyelerakan dengan pelbagai juadah yang membangkitkan selera dan juadah baru yang turut ditambah.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 2

Hidangan nasi dengan lauk-lauk. Pelbagai juadah buffet  dan juadah berbuka puasa yang menyelerakan. Tempatnya agak luas dan besar yang boleh memuatkan lebih dari 300+ pengunjung pada satu malam. Kemudahan surau dan buggy turut disediakan memudahkan pengunjung yang ingin berbuka puasa di sini.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 3

Salah satu hidangan yang lain dari yang lain, Nasi Itik Panggang. Tak sempat nak try malam tersebut, banyak sangat menu. Hehehe.

Lazada Malaysia

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 4

Tempat luas jadi mudah dan selesa untuk mencari makanan dan memilih.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 5

Buah-buahan tidak dilupa. Mulakan makan dengan buah-buahan.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 6

Bakso antara juadah yang turut disediakan.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 7

Ini antara favourite saya, Roti Jala dengan kuah Durian. Serius membangkit selera.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 9

Melayu memang tak boleh lari dengan nasi dan lauk pauk kan? Pelbagai lauk yang boleh dipilih sempena berbuka puasa di sini.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 11

Sate, Nan turut disediakan.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 12

Ini favourite saya juga.Kambing BBQ, serius sedap. Rasa tidak hanyir, rempah menyerap, siap saya tambah lagi.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 13

Cekodok, keropok lekor, cucur, ubi kayu membangkitkan selera.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 14

Sup Gear Box Kambing. Fuhh, meleleh habis.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 16

Ini menu Istimewa, Nasi Arab kambing. Sempat try, memang sedap.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 17

Kambing makanan yang menjadi kegemaran Nabi. Jom pekena kambing.

Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014 19

Kacang Pool juga turut disediakan.

Tropicana Golf & Country Resort, Clubhouse terbesar di Malaysia menyediakan Buffet Ramadhan selama 29 Malam sepanjang ramadhan nanti. Dengan tema kampung, pelbagai juadah menyelera antaranya Warung GUlai Kawah yang menyediakan daging rusa. Juadah Istimewa lain antaranya Nasi Itik Panggang, Sotong kangkung KL & ROjak Buah, Kacang Pool, Nasi Arab kambing, Murtabak Ayam Maggi, Bakso, Ayam Golek Tropicana dan pelbagai lagi.

img076 img077 img078 img079

Keseluruhan ada lebih kurang 23 Stall yang pasti menjanjikan hidangan yang menyelerakan.

Main course menyediakan pelbagai juadah local, Chinese, Indian, Japanase dan Western Cuisine dengan juadah melalui ‘rotation basis’. Kemudahan parking lebih kurang 600 parking disediakan. Antara Juadah yang lain bolehla refer SINI

Harga Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort untuk tahun 2014 :

Pre-Sales voucher pada harga Istimewa (RM60++, dewasa) dan RM30++ sehingga 20 June 2014. Selepas itu, harganya adalah RM80-85++ (dewasa) dan RM35++ (kanak-kanak)

Untuk tempahan bolehla hubungi 03-78048888 ext 306/307/325 atau Encik Razak (014-9270501) dan 012-2765797 (Zainul). Jangan lupa mention Eyriqazz.com, kot-kot diorang bermurah hati nak kasi harga diskaun. Hehehe…

Boleh juga rujuk entri ini tentang buffet ramadhan ini –> Santapan 29 malam di Tropicana Golf & Country Resort dan Santapan 29 Malam

Selain itu, boleh juga mencuba buffet/berbuka di sini :

1) Buffet Ramadhan Casa Ombak

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Buffet Ramadhan Tropicana Golf & Country Resort 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.