Selamat Hari Guru 2014

Selamat Hari Guru saya ingin ucapkan buat guru-guru di seluruh Malaysia terutamanya buat Guru/Isteri Tersayang. Bukan mudah bergelar seorang guru dan mendidik anak bangsa mencari ilmu. Semoga cabaran dan dugaan yang dihadapi dilalui dengan tabah. Semoga berjaya dalam mendidik anak bangsa.

Cabaran seorang Guru Milenium yang berbeza. Pelajar yang semakin beremosi dan menuntut kesabaran yang tinggi. Dijentik sedikit, ada ibubapa yang datang mengadu acu penumbuk itu dan ini. Anak ingin disiplinkan, dituduhnya guru memilih kasih dan mengiyakan yang si anak tiada cacat celanya. Bukan mudah menjadi seorang guru. Cabaran dari anak-anak didik dan ibubapa yang kadangkala meletakkan 100% tugas mendidik anak-anak kepada guru di sekolah.

Tak lupa juga buat rakan-rakan blogger yang bergelar Guru i.e. Cikgu Titan, Cikgu Naman, Cikgu Laili, Cikgu Roshidayu, dan cikgu2 lain yang saya tak sempat sebutkan nama di sini. Teruskan mendidik anak bangsa dan semoga jasa dicurah dibalas setimpalnya.

Anak didik dan pelajar, Hargailah jasa Guru. Tanpa guru, tiadalah doktor, akauntan, businessman, politician, surirumah berjaya.

Selamat Hari Guru. Senyum la untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

P.s : Tips Buat Bakal Jururawat –>  Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Selamat Hari Guru 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.