Riang Ria di Dataran Bulatan Masjid Putrajaya

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 1

Weekend lepas, jalan-jalan di Putrajaya. Mak, Atuk , Nenek dan family dari kampung datang. Tidak melepaskan peluang, sempatla singgah di Dataran Bulatan Masjid Putrajaya yang sememangnya meriah di waktu malam dan Salah satu Tempat Menarik di Putrajaya untuk dikunjungi. First time singgah sini walaupun dah berkali-kali datang Putrajaya.

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 2

Memang meriah di sini especially time weekend. Permainan kereta kontrol berbayar, skating, berbasikal dan pelbagai lagi.

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 3

Azim dah mula mencari dan memilih. RM10 untuk 20 minit. Tak mahu hampakan hati anak-anak, bagi la mereka naik kereta pasang bateri ini. Bukan main gembira lagi Alisya dan Azim.

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 4

Memang meriah. Selain permainan, pelbagai makanan ringan dan berat ada dijual. Yang slack nya, tiada tandas. Kalau nak ke tandas, kena pergi masjid. Normally kalau selepas pukul 9 malam lebih, staff masjid tidak membenarkan pengunjung menggunakan tandas di masjid Putrajaya. Nak sembahyang boleh. Kalau buat bisness tandas berbayar ni, confirm laku keras ni.

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 5

Meriah tengok anak-anak kecil bermain. Bukan setakat anak kecil , mak budak, awek-awek, balak-balak pun tidak melepaskan peluang.

10171784_10202070317503908_6844116147684581644_n

Tapau makanan dan berpiknik di sini seisi keluarga. Memang meriah sambil mengeratkan silaturahim. Hehehe, jemput makan, jangan malu-malu.

10264972_10202070322144024_4521741008868867288_n

Alisya tidak melepaskan peluang. Papa, nak beli itu. Mamanya pun belikanla Skuter mainan warna pink buat Alisya. RM50.  Boleh tahan juga, rasanya ada lebih dari 10 peniaga di sini.

10308285_10202070319063947_2181115244358636837_n

Vroom, vroom, jom Papa jalan-jalan.

10177857_10202070320423981_39016659333441971_n

Cousin dari kampung. Skuter jom.

10247222_10202070323264052_3043189289037714652_n

Next time bolehla singgahi lagi. Banyak juga rupanya tempat menarik di Putrajaya yang belum saya terokai. Luangkan masa bersama keluarga, adalah “Happy Moments’ yang sukar dilupakan, kan?

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 7

Bukan setakat kanak-kanak dan dewasa, pakcik2 pun seronok bermain buih sabun gergasi. Pakcik, ajari saya.

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya 8

 

Saya rasa ,lebih seronok suasana sebegini. Kalau di Kuala Lumpur susah nak cari tempat sebegini yang boleh bersantai di waktu malam. DBKL, buatkan satu tempat sebegini di KL, kalau nak pergi jalan-jalan di I-City, semuanya berbayar dan mahal-mahal belaka.

Dataran Bulatan Masjid Putrajaya tempat bergembira
Seisi keluarga meluangkan masa
Happy Moments dirai bersama
Cuti Cuti tidak semestinya di oversea sana

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Riang Ria di Dataran Bulatan Masjid Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.