Restoran Tutup – Di Manakah Silapnya?

Byk restoran yang mempunyai banyak cawangan akhirnya tutup i.e. Nasi Lemak Antarabangsa, Sekinchan Ikan Bakar, Ani Sup Utara dan pelbagai lagi…

Di manakah silapnya..Adakah :
A) Harga mahal
B) Customer service kurang memuaskan
C) Makanan tidak Sedap
D) Lokasi kurang strategik
E) Sila tambah…

Saya ada kongsikan di Facebook saya tentang ini, mari tengok apa pendapat rakan-rakan kenapa banyak restoran yang ada cawangan/franchise especially Restoran Melayu akhirnya mengambil langkah menutup restoran mereka.

1) Maaflah nak ckp… bangsa M nie bila dah maju sket berniaga mulakan eksyen dgn customer… muka dah tak manis… naikkan harga… makanan dr sedap jd langsung tak ada rasa… -Zulefa-

2) rasa tak sama..layanan dan juga dah harga yang tak berbaloi -Kak Ina-

3) Jarang nak dptkan khidmat pakar / pandangan pelanggan utk perbaiki mutu makanan -Hazman-

4) Yeop boleh bezakan di kampung kiranya. Masa buka kali pertama fuh penuh dengan semua orang. Kemudian tak lama mcm 2-3 bulan dah buat hal. Sat buka sat tutup. Last terus tutup. Tapi mamak pulak siap buat cawangan lagi. Kat grik saja ada 2 cawangan dengan nama kedai sama. Orang melayu? Senget sebelah jelag – Yeop-

5) Sy vote B.. n kualiti yg menurun secara keseluruhannya. Maybe bila makin byk branch, tauke dh tak blh monitor.. sekali menghampakan, org x pegi dh la.. -Ezzi-

6) Pengurusan francais yg silap. Lepas tgn tak menjadikan standard adalah sesuatu yg WAJIB dipatuhi semua bukan ikut suka. 
Francais mekdi dan kepci ok jer kerana apa yg mereka jaga dan pelihara. -Ejam-

7) Takde quality standard.. Sbb tu kt setiap cawangan mknan ade yg sedap ade yg xsedap.. sama jgk dgn service.. Takde satu quality standard yg plu dipatuhi.. Kena bnyk tgk citer Restaurant Impossible..hehe – X-

8)  Mostly failed because of mismanagement especially if it is a family business.. They can’t differentiate between buss and personal.. Small problem unattended will grow big and burst  – Gusrina-

9) Sekinchan ikan bakar – mknn x best mana tp harga mcm restoren 10 bintang.
Nasi lemak antarabangsa – lari lgsg rasa compare kedai asal. berganda2 kurang sedap dia. – Nas-

10) Sorry lambat masuk baru sampai kg hehehe.. Mungkin local franchise kena banyak belajar dengan jenama2 fast food yg dah besar bagaimana manage cawangan agar semua dalam standard yg di kehendaki… Kesatuan tu penting dalam satu business franchise…

Who’s next? Restoran Sate Samuri? Hayaki Restoran? Siapa yang tahu. Bila banyak perkara tidak dititikberatkan, customer lari dan beralih ke tempat lain. No Customer= tutup kedai.

Apa pula pendapat korang? Kenapa banyak restoran yang dibuka akhirnya tutup?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Restoran Tutup – Di Manakah Silapnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.