Pengalaman Buat Bekam Darah

Jutaan terimakasih saya ucapkan buat #TeamDenaihatiNetwork yang sudi membawa saya sekali untuk Sesi berjumpa Ustaz Noehas untuk mendapatkan rawatan berbekam + Scan ‘identiti’ tidak diingini di dalam badan (Syaitan/Jin). Sebelum ini hanya pernah buat bekam kaki, ini kali pertama saya buat bekam badan.

Bekam Darah 1

Antara peralatan yang digunakan. Honestly, memang saya agak sedikit takut untuk berbekam ni. Dua sebab, satu saya mabuk darah, 2nd, takut sakit. Asyik mundar mandir ke tandas dan minta orang lain yang buat dahulu sesi bekam ini. Normally untuk rawatan bekam darah, cup dan jarum/pisau digunakan untuk berbekam.

Bekam Darah 4

Rawatan bekam dimulakan. Ustaz Noehas seorang yang agak berpengalaman dalam rawatan sebegini. Kusyuk Pakcik Sohoq dan Anarm melihat Melastikbintang memulakan sesi bekam.

Bekam Darah 7

7 tempat berbekam di belakang badan. Ustaz Noehas cakap, setiap point berbekam tu ada memainkan peranan i.e. menunjukkan secara tidak langsung kesihatan kita terutamanya organ dalaman seperti paru-paru, jantung, etc.

Bekam Darah 8

Darah mula keluar. Personally, just rasa macam angin ditarik-tarik dari badan semasa mula-mula proses . Then bila jarum/pisau dicucuk di badan, rasa macam kena jarum. Tak sakit, bila darah mula disedut, fuhh, rasa macam lega dan berdenyut-denyut skit. Darah kotor keluar untuk kesihatan yang lebih baik.

Bekam Darah 13

Normally, proses mengambil masa dalam 30 minit mengikut kesihatan seseorang itu. Jika banyak darah kotor, rawatan akan diulangi i.e. untuk kali kedua dan seterusnya.

Bekam Darah 17

Inilah contoh darah kotor. Pekat macam Jelly. Fuhh, bayangkan kalau darah kotor ini tidak dibuang?. Sudah pasti mula akan rasa sakit-sakit badan, lenguh-lenguh dan sebagainya.

Bekam Darah 18

Yang halus-halus darah itu ustaz Noehas cakap bisa. I.e. kalau ada sakit resdung etc, bisa yang melekat pada kulit keluar. Darah kotor pun keluar.

Bekam Darah 19

Memang lega bila darah kotor sebesar ini dapat dikeluarkan. Sunnah Nabi, berbekam sememangnya bagus untuk kesihatan. Tak sakit. Saya first time mencuba, In Shaa Allah nak buat lagi selepas ini.

Antara kelebihan berbekam :

*Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Bekam Darah 21

Semasa darah ditarik, berdenyut-denyut, memang feel. Darah kotor keluar dari badan.

Bekam Darah 23

Selepas berbekam, badan rasa makin ringan. Kesan segera for me,bunyi dengkuran semakin kurang dan tidur lebih lena. Kencing pun lebih lawas. Rasa lebih segar dan bertenaga. Sakit-sakit belakang semakin berkurang . In Shaa Allah, akan saya buat lagi bekam ini di lain masa.

Terimakasih tidak terhingga buat Ustaz Noehas  yang sudi menerima dan merawat kami. Tidak cukup dengan itu, turut Scan kan dan temani kami makan di tempat makan best di Muar. Yang itu akan saya kongsikan di entri lain kali.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Pengalaman Buat Bekam Darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.