Kerjaya Jururawat Lelaki

Kerjaya Jururawat di Malaysia

Lebih ramai jururawat Lelaki diperlukan antara tajuk di The Star hari ini. Malaysia masih kekurangan nurse lelaki?. Teringat pula drama TV3 “Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor”. Sempat juga beberapa kali menonton drama tersebut. Yup, jangan pandang ringan pada jururawat lelaki. Mungkin ada yang berpendapat, ala, jururawat sebagai kerjaya lelaki? Tak macho la. Tak cool la. Macam Pondan la? . Urmm, personally tugas jururawat adalah tugas yang mulia, tak kira jururawat tersebut lelaki or wanita.

Jururawat Wanita Cantik
Credit picture : http://shazleenhairuddins.blogspot.com/

Ehem ,ehem, sejuk hati kalau jururawat yang menjaga itu jururawat wanita yang cantik seperti di atas? Amboi-amboi. Tugasan jururawat kini semakin mencabar, bukan sekadar menjaga pesakit dan memberi ubat kepada pesakit, namun banyak lagi yang perlu dipelajari dan difahami. Semasa di Hospital tak kira di hospital swasta or kerajaan, saya perhatian nurse di hospital swasta lebih mesra dan memahami pesakit, mungkin disebabkan pengalaman or gaji mereka yang lebih tinggi dan “benefit’ di sana.

Antara yang ditulis di The Star cabaran baru Tugasan Seorang Nurse :

“The profession has evolved from the traditional bedside care provider to a job that is highly technical in nature. Now, they play a much more important role ranging from providing nursing diagnosis to planning patients’ healthcare regime according to their needs”
– 
Profesion Jururawat telah berkembang dari menjaga pesakit di katil kepada suatu pekerjaan yang sangat teknikal. Sekarang, mereka memainkan lebih banyak peranan penting meliputi menyediakan  dan merawat diagnosis kepada perancangan rejim penjagaan kesihatan pesakit menurut keperluan mereka.

Masih ramai yang mengganggur di luar sana dan tidak semua degree yang hebat-hebat menjanjikan kerjaya yang setimpal. Berapa ramai lepasa graduan yang masih menggangur di luar sana?. Apa salahnya kalau kerjaya jururawat ini dijadikan salah satu pilihan?. Membantu pesakit, besar pahalanya kan?

Panduan Jururawat
Dapatkan di Sini –> Panduan Kerjaya Jururawat

 

 Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat  ini mungkin dapat membantu bagi mereka yang ingin menjadikan ianya sebagai kerjaya pilihan. Apapun kerjaya yang dipilih sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi yang betul-betul berminat, ilmu perlu dipelajari sebelum melangkah memilih kerjaya ini. Jika tangan yang menhayun buaian mampu mengoncang dunia, masakah tidak boleh tangan yang menghayun dan menyepak bola menjaga pesakit juga? Pekerjaaan yang halal, gaji pun In Shaa Allah berbaloi.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Kerjaya Jururawat Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.