I Need BiggerBreak

Minggu yang agak stress dan begitu memenatkan minggu ni dan minggu lepas. Flashback 21 Mei 2014 ketika check up di Ampang Puteri Specialist Hospital, ketika kandungan isteri masuk 36 minggu:

Doktor : Tekanan darah tinggi Puan (Isteri) sangat tinggi . Bacaan 220/110+. Saya syorkan kita lakukan operation.
Isteri : Urmm, taknak operate boleh doktor?. Induce saja macam anak 1st dan 2nd saya.

Isteri takut untuk operate. Ditakutkan oleh rakan-rakan yang pernah operate, katanya operate ini sakit dan susah ketika berpantang.

Doktor : Saya syorkan operate. Tapi itu keputusan awak.

IMG_5580

First choice, Isteri memilih untuk Induce. Terus isteri dimasukkan ke labour room sambil monitor blood pressure isteri yang agak tinggi sambil dimasukkan ubat melalui lengan isteri bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.

Berkali-kali doktor masuk , betulke awak taknak operate ni? Sangat berisiko dengan tekanan darah tinggi awak sekarang. Dua-dua nyawa dalam bahaya kalau Induce. Bukaan awak pun sikit, tak sampai 1cm. Bayi boleh lemas (etc,etc)…

Isteri masih degil..Tetap mahukan Induce vs Operate. Hati saya mula berbelah bagi. Stress, risau, cuak, pelbagai yang muncul.

IMG_5590

Nurse : Puan, saya dulupun operate separuh badan. Ok je Puan. Untuk keselamatan Ibu dan anak. Better Puan operate. Tekanan darah tinggi puan sangat tinggi. Anak pertama dan kedua berbeza. Semakin usia meningkat, semakin sukar untuk beranak. History puan pun, dari anak 1st, 2nd dan 3rd, semakin tinggi.

Isteri masih tetap berdegil. Dalam pukul 11 malam lebih, Doktor datang lagi. Puan, camnila, kalau Puan tak setuju untuk operate, puan sign dokumen ini. Saya tidak mahu bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi. Saya nasihatkan puan operate.

Isteri terus sign dokumen taknak operate. Tinggal giliran saya untuk sign pula. Keputusan untuk Induce vs Operation(Pembedahan).

Saya mula risau. Rasa betulke keputusan taknak operate ini?. Saya call Mama Fish , dia 3 kali sudah operate. Katanya better operate untuk keselamatan anak dan Ibu. Isteri masih degil. Saya call Mak Mertua. Alhamdulillah, Mak Mertua berjaya meyakinkan Isteri untuk operate. Fuhh, lega skit rasa.

IMG_5600

Isteri dihantar ke bilik pembedahan dalam pukul 12 malam. Bila berdebar, mula rasa lapar. Nak pergi kedai makan kat luar, risau pula kot-kot doktor panggil. Nasib baik ada vending machine di APSH, sempatla berehat sebentar dan alas perut pekena kit Kat.

Isteri selamat melahirkan anak perempuan melalui pembedahan dalam pukul 1230 pagi, 22 Mei 2014. Alhamdulillah, lega skit mendengarnya. Tapi, Isteri masih diletakkan di Unit Bersalin. Malam pertama tidur atas kerusi 2 seat. Sakit belakang dibuatnya.

IMG_5636

Malam kedua bawa toto. Hospital berikan bantal. Aircond punyala sejuk. Menusuk tulang dibuatnya. Tidurpun tak berapa lena. Mata mula merah-merah, tak cukup tidur. Takpe, demi insan tersayang.

IMG_5617

Happy Moments, Kak Long dan Abang Ngah bermanja dengan Si Adik yang baru lahir. Timeni nasib baik Mak Mertua dan bapa mertua ada,temankan anak-anak dan jaga anak-anak di rumah. Susah juga kalau anak-anak nak tidur di hospital sama.

IMG_5625

Nasib baik anak-anak memahami Si ibu dan bapa. Syukur. Duduk di hospital waktu siang pun tak banyak kerenah except nak singgah pi kedai beli jajan. Normalla kan, kanak-kanak.

IMG_5634

Adussh, stress lagi. Hari Isteri dah boleh menyusukan anak, susu tak keluar mana. Mungkin sebab tekanan darah tinggi dan isteri belum cukup makan makanan berkhasiat. Selera belum ada mana lepas bersalin ditambah masih sakit operate.

IMG_5635

Dodoi2kan, tertidur juga. Malam pertama dan kedua, Si anak dihantar ke nursery apabila Susu Isteri belum keluar mana. Mujurla selepas malam ketiga dan seterusnya, susu isteri dah mula keluar dan Si anak dapat menyusu dengan selesa. Berkesan juga selepas pujuk isteri minum Ephyra, supplement yang membantu menambahkan susu badan.

IMG_5641

Hari ke-4 dapat keluar. Masih lagi penat tapi gembira both Isteri dan anak dapat keluar hospital.

kitkat infographic Logo

Yup, I need #BiggerBreak. Bukan saja saya, juga untuk isteri. Tengah merancang untuk bawa isteri pulang ke kampung berpantang di kampung. Lebih selesa dan mudah untuk berurut etc. Mak mertua pun lebih senang nak menjaga anak-anak dan makan minum lebih terjaga.

Tahniah buat KitKat yang menggalakkan BiggerBreak untuk Rakyat Malaysia. Yup, most malaysian tak cukup break. Sibuk bekerja dan uruskan keluarga.  Both Ibu dan Bapa bekerja.Siang dan malam, kadang-kadang ada yang time weekend dan time cuti pun masih bekerja,. Kadang-kadang, anak pun tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Sambil-sambil, jom singgah :

 Facebook Kit Kat Malaysia

 Twitter Kit Kat Malaysia

I Need BiggerBreak, How about you?

Note: This is a sponsored post from Nestle Malaysia that contains affiliate links relevant to the Nestle Kit Kat Chunky “Bigger Break” campaign . I received compensation in exchange for writing this review. Although this post is sponsored, all opinions are my own. 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

41 thoughts on “I Need BiggerBreak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.