Generasi Strawberi – Sukar Menerima Kritikan?

Generasi Stawberry

Generasi Strawberi – Mudah terasa dan sukar menerima kritikan. Inilah yang digambarkan oleh graduan Gen Y ( lahir dari tahun 1980 sehingga 1994) yang juga turut dilabelkan sebagai Generasi Strawberi oleh majikan dan mereka yang membantu Generasi Strawberi ini mencari pekerjaaan di bawah Skim Latihan 1 Malaysia – The Rise Of Jobless Graduates

Antara point lain yang turut diperkatakan di dalam artikel tersebut tentang Generasi Strawberi ini antaranya :

1) Ramai siswazah mempunyai ‘personaliti isu’ dan masalah berbual dalam bahasa Inggeris
2) Jangkaan kerja yang tidak realisitik
3) Ia bukan mudah mengendalikan kakitangan Jen Y  kerana apabila pihak-pihak atasan mereka di tempat kerja membetulkan mereka, mereka mudah melawan. Jika mereka tidak berpuas hati dengan benda terkecil, mereka meninggalkan kerja selepas beberapa bulan. Mereka fikir dunia berputar keliling mereka.

Betulke seperti di kata? Saya antara Generasi Y dan ada yang betul dan juga yang tidak betulnya. What’s to expect?. Ramai generasi Y tidak mudah menerima gaji yang terlalu rendah. Kos sara hidup yang semakin meningkat naik mungkin membuatkan ramai Graduan Gen Y memilih dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Tinggal di KL misalnya, gaji RM3 ribu hidup bujang pun belum tentu cukup. Sewa rumah saja pun satu bilik boleh mencecah RM300-400 sebulan.

Generasi Gen Y sukar menerima kritikan? Urrm, mungkin sistem pembelajaran kini membuatkan Gen Y lebih terbuka dalam melontarkan pendapat dan bukan sekadar menjadi “Yes Boss”. Yup, ada juga yang memang cerewet dan memilih. Ada staff di ofis eyriqazz, ada yang masuk sehari, besok dah resign bila melihat “Job Scope” dan mungkin memikirkan kerja tersebut kurang sesuai dengan mereka.

Apa pula pendapat anda? Generasi Strawberi generasi manja yang sukar menerima kritikan dan mudah berputus asa?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Generasi Strawberi – Sukar Menerima Kritikan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.