Gaji Seorang Pencuci Kereta

 

Kumar Si Pencuci Kereta. Credit gambar : Shakiddo.com
Kumar Si Pencuci Kereta. Credit gambar : Shakiddo.com

Tertarik dengan entri Blogger Popular Malaysia, entri bertajuk Hati Seorang Pencuci Kereta . Kisah Si Kumar yang begitu rajin mencari rezeki di bumi bertuah ini. Tidak perlu menggunakan peralatan canggih, cukup sekadar, baldi, peralatan membasuh dan basikal tua.

Berapakah agaknya Gaji Si Kumar?. Ini saya kongsikan kisah Si Kumar di condo saya, pernah saya tanyakan kumar di kondo saya berapa kereta yang menggunakan khidmatanya. Ini jawapannya : Tak banyak abang, adalah dalam 200 kereta termasuk kereta abang. Seminggu dia cuci 2 kali kereta kami, ambil masa dalam 10-30 minit . Ada 7 hari seminggu, so dia rotate2kan hari mencuci kereta di condo saya .

Simple Maths – 200 kereta x Rm30 sebulan = Rm6,000 sebelum ditolak kos-kos yang lain. Sempat juga saya tanyakan, selain kondo saya, ada kondo lain yang kumar buat? Adalah bang dalam 1-2 kondo lagi dalam nada mungkin taknak bercerita panjang.

Simple Maths – RM6,000 x 3 condo = RM18,000 . Tadaa, kalah gaji Manager. So, jangan pandang ringan pada kumar. Katanya banyak kondo ,banyak la kena usaha. Biasanya kumar mencuci di waktu malam ,apabila penginap sudah balik kerja.

Di Condo saya, sudah 4 ‘kumar’ bertukar tangan. Balik India, duit sudah cukup nak bina rumah dan buka perniagaan di India kata Kumar kedua yang pernah saya tanyakan.

Betul kata pepatah, Usaha tangga kejayaan, rajin Usaha, In Shaa Allah dimurahkan rezeki.

Baca juga entri –> Kisah Kumar Yang Memberi Motivasi

Info –> 50 Tips Penjagaan Kereta Kekal “TipTop”!

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Gaji Seorang Pencuci Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.