Entri Memancing Pembeli

Entri memancing pembeli

 

Entri yang Sangat Memancing Pembeli? . Feedback yang saya terima dari Pengiklan yang mengiklankan produknya di Eyriqazz.com. Alhamdulillah, eyriqazz melihatnya pada sudut yang positif. Saya memang selektif dengan iklan/produk yang mahu saya promosikan di blog. Namun bila sudah saya terima, memang saya akan berikan komitmen 100% , kerana bagi saya, pengiklanan melalui blog ini dua hala, bukan saja blogger yang menerima bayaran, namun pengiklan turut mendapat hasil yang memuaskan i.e. Return On Investment dari pelaburan mereka.

 

Entri memancing pembeli 2

Baik hati Kak Rohaya. Ada yang e-mailkan dia untuk turut menjual produk yang sama, tidak lokek dia berkongsi sama. Mungkin bagi sesetengah orang, “ehh, kalau aku kongsi, nanti makin kurangla potential customer nak membeli dengan saya”. Rezeki ini luah, In Shaa Allah bila dibukakan peluang untuk orang lain, Allah bukakan rezeki kita lebih luas. Itu yang saya pelajari selama ini i.e. bila forwardkan nama rakan-rakan bloggers. Walaupun ada ketika nama rakan blogger yang diforward terpilih namun diri sendiri tidak, ada rezeki lain yang menyusul yang lebih lumayan selepas itu.

 

photo (6)

Gembira pula mendengar feedback dari bekas pengiklan yang pernah saya review Homestay Shah Alam nya. Kini sudah ada 3 unit. Dengar khabar, bakal menambah 3 lagi unit di homestay di Shah Alam. Saya sendiri nak booking weekend ni pun fully booked, lebih2 lagi next week minggu Student Uitm graduation. Tahniah bro, makin murah rezeki bro dalam bisness Homestay. Lepas ni boleh la kasi tunjuk ajar dekat saya pula? . Jangan lupa jemput saya juga untuk review homestay baru nanti. In Shaa Allah saya akan berikan yang terbaik.

Buat duit dari rumah

 

Rezeki Buat Duit dari Rumah melalui pelbagai cara jika kita rajin berusaha ke arah nya. Kalau Si Kumar, warga asing yang berbekalkan basikal tua dan baldi mampu menjana 4-5 angka sebulan, malula kita di negara sendiri jika hanya mampu mengeluh salahkan boss, salahkan kerajaan, salahkan semua orang bila ianya don’t go our way. Nasib kita, kita berusaha mengubahnya, tak gitu?

Pucuk pangkal, Usaha dan tidak mudah putus asa. Buat pengiklan di luar sana samada kecil or besar, jika mahu mendapatkan khidmat saya dalam mempromosikan produk/perkhidmatan melalui blog, bolehla e-mailkan saya ke eyriqazz@gmail.com . Money back guarantee sekiranya selepas saya promosikan di blog, ianya masih di takuk lama.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Entri Memancing Pembeli

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.