D’Damansara Guest House – Homestay Murah di Selangor

Cuti sekolah bakal menjelma, tentu ramai yang tercari-cari destinasi Percutian Menarik Cuti-Cuti Malaysia. Selangor salah salah destinasi menarik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Namun, nak stay di mana?.

D’Damansara Guest House antara homestay menarik dan murah di Selangor yang saya rekomenkan. Guest House yang terletak di Damansara Damai (tak jauh dari Mc Donalds Damansara Damai) di One Damansara Condominium. Guest house ini menyediakan 3 buah bilik. Saya sempat singgahi di sini beberapa minggu lepas. Saya kongsikan pengalaman saya bermalam dan stay di sini 2 hari 1 malam.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 5

First time sampai, quite impress. Memang kena tema Purple dipadankan di ruang tamu . Serba purple, dari karpet, langsir, dan dinding. Lain dari yang lain. Di rumah tamu dilengkapi dengan televisyen dengan Astro N Joi . Port USB pun boleh guna di TV. Sofa turut disediakan.

Selain itu, kemudahan parking diberikan. Cam saya aritu datang dua family, bawa dua kereta, ada parking khas dan access card diberikan untuk senang keluar masuk Guest House ini.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 10

Ruang tamu view ke dapur. Meja makan kecil disediakan.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 6

Ruangan dapur. Peti sejuk, microwave, pinggan mangkuk, dan cawan disediakan. Bolehla kalau nak masak air/light cooking. Kat bawah pun ada kedai , senang nak tapau. Quite nice dapur dia, pinggan plastik jadi anak-anak boleh menggunakannya.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 1

Master Bedroom. Di master bedroom , ada bilik mandi/tandas . Ada dua bilik air, satu di master bedroom. Satu di luar. Setiap bilik dilengkapi dengan aircond dan disediakan 2 helai towel, dan juga sejadah untuk sembahyang. Memang sangat selesa untuk guest beragama Islam.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 2

Bilik kedua. Agak luas juga disediakan katil Queen.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 3

Bilik ketiga, bilik ini adik ipar dan isteri. Memang selesa kata mereka. Mungkin one day boleh singgahi lagi.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 13

Bilik air. Both bilik air dilengkapi dengan water heater. Jadi mudahla kalau yang ada anak-anak kecil untuk mandi.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 15

Santai di ruang tamu sambil adik ipar pasangkan pendrive layan cerita Frozen. Kena pula dengan tema Purple . Kebetulan?

photo 1

Amboi-amboi, sambil makan sambil layan movie?

D'Damansara Guest House Damansara Damai 39

Dah habis layan frozen, layan movie kartun lain pula. Tema purple lagi. Hehehe. Syiok anak-anak santai diluar minum susu sampai tertidur kedua-dua mereka .

D'Damansara Guest House Damansara Damai 24

Beranda serius luas. Bolehla lepak-lepak di luar sambil baca surat khabar dan melihat pemandangan Damansara Damai.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 25

Ishh2, anak-anakku dah mula nak keluar pula. Quite nice beranda dia yang saya nampak sangat luas dan selesa .

D'Damansara Guest House Damansara Damai 28

Papa, Jom jalan-jalan. Azim nak pergi beli aiskrim boleh?

D'Damansara Guest House Damansara Damai 12

Kedai runcit dalam beberapa langkah je dari Guest House ini. Memang senang nak membeli barang-barang runcit.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 17

Kalau rajin, bolehla singgah di Gym juga.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 22

Swimming Pool pun memang satu floor dengan Guest House/Homestay ini. Kami tak melepaskan peluang untuk bermandi manda. Kanak-kanak dan swimming pool, memang susah nak lari kan?

D'Damansara Guest House Damansara Damai 29

Bukan main seronok lagi Alisya dan Azim dapat mandi swimming Pool.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 31

Ada 3 jenis swimming Pool. Satu untuk dewasa (1.2 meter), satu untuk kanak-kanak yang besar skit (dalam 1 meter) dan satu lagi untuk kanak-kanak. Woww, terbaik la kan? View swimming pool pun quite nice.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 34

Papa, turunla .Asyik ambil gambar je. Ok2, Papa turun sat lagi ya sayang.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 43

Meriah. Kalau singgah dari kampung for e.g. seharian pun takpe lepak di swimming pool kan?

D'Damansara Guest House Damansara Damai 37

Papa, tak thrill la mandi kat kanak-kanak. Jom mandi sini pula la. Fuhh, dah bertambah seorang lagi nanti, makin banyak keletah anak-anak.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 45

Swimming Pool kanak-kanak.

D'Damansara Guest House Damansara Damai 46

Nak berbaque pun boleh namun rasanya kena dapatkan kelulusan management terlebih dahulu.

 


photo 3

 

Jarak homestay dengan tempat shopping menarik sekitar KL dan Selangor. Kalau nak ke 1 Utama dalam 6km je. Sempatla juga kami singgah ke IKEA yang terletak dalam 10km dari homestay D’Damansara ini.

Anyway, ini sedikit cadangan dari saya :

1) Kemudahan wifi turut disediakan . Sekarang ni, wifi ni dah jadi macam satu keperluan bila bercuti.
2) Official web/Fanpage/e-mail jadi lebih mudah untuk guest bertanya dan dapatkan informasi tentang homestay ini
3) Special price on off peak
4) Referral discount. I..e kalau guest yang referkan kawan-kawan or saudara mara, dapat harga diskaun. Dapat create long term visitor/loyal guest

Owh ya, lupa pula pasal harganya. Berapa harganya? Sangat murah rasanya untuk 3 bilik. Rate bermalam di sini adalah di bawah RM300 semalam. Namun, untuk pembaca eyriqazz.com, just mention datang/booking dari Eyriqazz.com, dapat diskaun RM10 untuk bermalam di sini. 

Info lanjut pasal homestay ini, bolehla hubungi :

En. Shahrin (012-5809297)
D’Damansara Guest House
A-01-03, Blok A
One Damansara Condominium
Jln. PJU 10/1
Damansara Damai
47830 Petaling Jaya

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Selangor saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “D’Damansara Guest House – Homestay Murah di Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.