Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 2014

Tahniah buat calon yang terpilih untuk menghadiri Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 pada hari Isnin depan, 12 Mei 2014. Persiapan yang rapi dalam menghadapi peperiksaan penting ini adalah penting bagi meninggikan peluang untuk berjaya/lulus peperiksaan ini dan seterusnya dipanggil untuk sesi temuduga. Panduan Khas dari Team Infokerjaya yang dikongsikan Contoh Soalan Peperiksaan yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :

1) Seksyen Pengetahuan Am (Soalan Objektif)
2) Seksyen Matematik&Penyelesaian Masalah (Soalan Objektif)

Senang? Saya pernah menghadiri Peperiksaan PTD beberapa tahun lepas yang turut mengemukakan Soalan Pengetahuan Awam. Walaupun berkelulusan Ijazah dari luar negara, saya terkapai-kapai untuk menjawab persoalan tentang pengetahuan am antaranya berkenaan Sukan Olimpik, pemimpin negara, geografi, sejarah dan pelbagai lagi. Kurang persediaan dan tidak mengetahui wujudnya sumber rujukan yang dapat membantu seperti di atas, akhirnya saya gagal untuk dipanggil temuduga. Ya, jangan pandang ringan tentang persediaan dan memahami contoh soalan yang bakal ditanyakan ketika menghadiri Peperiksaan itu nanti. Usaha tangga kejayaan.

pegawai arkib

Sedikit Informasi Tentang Penolong Pegawai Arkib S27 :

Gaji – Minimum RM1,362.00 ( bagi yang berkelulusan minimum STPM, tidak termasuk dengan elaun rasanya). Dicampur elaun almost mencapai RM2K
– Minimum RMRM1,661.95 (bagi yang berkelulusan Diploma)

Deksripsi Tugas
Menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan.

Sumber – Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Agak menarik tugasan penolong Pegawai arkib . Tugas yang mencabar dan begitu penting menyimpan pelbagai dokumen penting. Tugasan sebegini dapat membentuk personaliti yang menarik antaranya teliti dengan tugasan yang diberikan.

Contoh Soalan Peperiksaan

 

Contoh soalan yang mungkin diajukan untuk peperiksan penolong pegawai arkib s27Contoh Soalan Pengetahuan Am

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan MasalahContoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

 

Kenapa Calon Gagal dalam Peperiksaan Ini?
– 
Kurang persediaan, kurang membaca dan mendapatkan tips yang berkesan sebelum menghadiri peperiksaan ini terutamanya dalam menjawab soalan berkaitan pengetahuan Am. Kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan. Goyang kaki masuk dewan, kemungkinan besar tidak dipanggil untuk sesi temuduga i.e. gagal dalam peperiksaan ini.

Tips Menjawab Soalan 

Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, 4 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji ke semua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

Bagi merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan.

Panduan Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27
Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 60,000 orang dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan. Jualan untuk pakej rujukan ini hanya dibuka selama 2 hari sahaja iaitu dari 9 MEI sehingga 10 MEI 2014 jam 11.59 PM SAHAJA.


 Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

3 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.