≡ Menu

Review Homestay Regalia Studio 8
Minggu lepas, Alisya asyik meragam. Serba tak kena dibuatnya. Ikut Mak Su nya ke rumah sewa, meragam dan menangis tak henti-henti. Itu tak kena, ini tak kena.

Hantarkan ke rumah pengasuh, nasib baik menantu pengasuh seorang yang agak alim. Dibacakan ayat Al-Quran dan diberikan minum. Barula kurang meragam.

Kata Anak Pengasuh, Alisya rasa macam tersisih dan sindrom nak dapat Adik . Isteri tengah mengandungkan anak ketiga. Ditambah pula, Ayah Su yang tinggal bersama dengan kami sekarang baruje kahwin. Dulu Ayah Su la tempat dia selalu bermanja apabila saya dan Isteri mungkin terlebih tumpukan perhatian kepada Azim lebih-lebih lagi Azim kerap muntah-muntah sekarang ini. Jiwanya mungkin rasa tersisih dan Ayah Su nya pula sudah mengalihkan perhatian kepada Isteri. Jadi, mungkin Alisya merasakan kurang tempat untuk dia bermanja.

Umm, tanyakan rakan seofis, perkara sebegini normal. Cuba lebihkan perhatian kepadanya. Azim tidak pula meragam seperti Alisya, mungkin anak lelaki dan sudah scan bayi dalam kandungan kemungkinan perempuan.

Yup, bukan mudah nak membesarkan anak-anak . Fikirkan balik, bukan mudah Ibubapa kita membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kan? Hargaila jasa kedua ibubapa kita.

KLIK untuk Dapatkan Teknik Mendidik Anak



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »