Servis Pizza Hut Delivery Mengecewakan

Malam ni Order makan malam melalui Pizza Hut Delivery. Call around 8 malam dan dijanjikan order sampai dalam masa sejam. Saya orderla Big Variety Box yang berharga Rm39.90 tidak termasuk tax. Tunggu punya tunggu, makanan yang diorder tak sampai. Dalam pukul 9.30 malam, barula order sampai. Lewat dalam setengah jam. Efisien rider Pizza Hut. Lokasinya lebih kurang 5-10 minit je dari rumah. photo 1 Mengecewakan. Makanan yang diorder semuanya dah sejuk. Orang kampung cakap, sejuk siyekk. Pizza kalau dah sejuk, memang hilang la seri dan rasanya. Yang lain2 pun semua sejuk. Spageti sangat-sangat sejuk bagaikan baru keluar dari peti sejuk. photo 2 Walaupun lapar, tak habis makan. Kesejukan makanan spoil the mood. Bayar mahal-mahal tapi ini pula yang dapat. Ingatkan besok cuti bolehla rileks skit order take away.

photo 3   Urrm, sorry we are late? Kupon free for next delivery? Umm, itupun kalau rasa tergerak hati nak order lagi. Pizza Hut Malaysia, please tak note. Kat Facebook saya baca, sekarang ni kerap delivery sampai lambat. For me, kalau tak boleh nak keep promise, jangan ambil order. Simple. Pelanggan membayar untuk makanan dan perkhidmatan. Tunggu kat restoran pun takdela sampai 1 jam setengah.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Servis Pizza Hut Delivery Mengecewakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.