Rakan Menangis

photo 3 Saya terlibat dengan kemalangan ketika pulang bermain futsal semalam. Membuatkan saya betul-betul rasa trauma. Buatkan Isteri tersayang tak berhenti-henti menangis dan ………. Kemalangan kedua sepanjang hidup saya di traffic light. Rasa seperti nyawa bagaikan sudah melayang ketika dilanggar. Berlaku dalam sekelip mata.

Mujur, masih ada rakan-rakan bloggers yang prihatin. Rakan ketika menangis. Bukan sekadar ketika bergelak ketawa. Terimakasih saya ucapkan buat Bro Shakiddo, Fauziblues, Fazrol, Boni Kacak, Ben Ashaari, Melastik Bintang dan yang lain-lain yang sudi membantu saya. Memberikan saya semangat untuk fikirkan positif tentang kemalangan ini. Life Must Go on bak kata Arwah Je Jai.

Terimakasih buat Adikku Lin . Ketika ini, baru saya betul-betul merasakan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

photo 2
Terimakasih buat staff Hospital Putrajaya  yang peramah dan membantu saya ketika ini. Thumb up, staff Hospital Putrajaya di unit kecemasan ini memang cepat dan tangkas walaupun mostly doktor malam tadi adalah doktor pelatih. Dah buat scan dan Alhamdulillah, saya dibenarkan keluar cuma hari ini dada ini masih rasa sakit-sakit. Mungkin selepas ini saya pergi double check di klinik panel saya.

Terimakasih kepada Pakcik Polis juga.

photo 1

 

Jutaan Kemaafan saya pohon kepada kereta yang accident dengan saya. Saya tidak pinta perkara ini berlaku. Saya tidak pinta kemalangan ini. Mungkin fikiran saya kembali normal, saya akan hubungi anda semula.

Kawan Menangis, sukar dicari.. Masih ada rupanya di zaman teknologi ini. That’s y i Love Blogging… Saya jumpa ramai rakan-rakan bloggers yang baik dan sudi membantu di kala kesusahan.

P.s : Rindu Arwah Je Jai .Kubuka kembali blognya hari ini, sayangnya sudah tiada. Anyone boleh bantu saya revivekan kembali blog nya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Rakan Menangis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.