Jangan Pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

pbakl_web

Warning!!!. Korang make sure jangan pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang diadakan pada 24 April sehingga 4 Mei 2014 di Tingkat 4, Dewan Merdeka , PWTC nanti tau. Sila ingat, jangan pergi kerana saya nak pergi.Kalau korang tak pergi , kurangla sikit ‘jem’ nak memilih buku. Selesa la sikit saya. Hehehe…Sambil-sambil tu -:

cabutan-bertuah-01

Lebih tinggi peluang saya untuk menang cabutan bertuah yang dianjurkan oleh PTS Media Group, salah sebuah pengedar buku yang turut serta pada Pesta Buku Kuala Lumpur kali ini. IPAD aritu dah rosak. Please, please, kasila can kat saya untuk menang. Saya merayu ni.
Hehehe, gurau je. Membaca itu jambatan ilmu. Apatah salahnya kalau sama-sama kita pergi dan memilih buku yang berkenan untuk seisi keluarga kan? . Lagipun, kalau dah rezeki, tak ke mana kan? . Lebih-lebih lagi PTS pun turut buka booth di Pesta buku ini.

Staf_PTS

PTS bukak booth, tema hijau lagi. Ehem, ehem, tentu cun awek2 jaga kaunter PTS ni kan? . Kalau cari tak jumpa buku keluaran PTS ketika pesta buku or tak jumpa booth mereka , carije :

Dewan_Merdeka

Staff mereka yang berbaju Hijau terang dengan ada logo PBS. Bang, bang, nak bergambar boleh? Sorry,sorry, nak bergambar dengan awek sebelah tu.

Booth_PTS

Pelbagai pilihan, sediakan wang, jalan-jalan cari buku, tambah ilmu, membaca jambatan ilmu. Bawa anak-anak sekali bagi menanam minat mereka untuk membaca sejak kecil lagi. Booth PTS sudah pasti tidak menghampakan, dari buku-buku agama, novel, dan pelbagai lagi.Harga pun agak berpatutan, nak survey harga boleh singgah di laman web http://pts.com.my/. Boleh usha2 buku yang berkenan, datang dan kasi je tajuk buku etc kepada staff PTS. Jimat masa, anak-anak pun boleh memilih dengan selesa.

Cakap banyak tak guna, make sure jangan datang ya. Hehehehe, benda yang baik, sila rajin-rajinkan diri seisi keluarga. Kalau mega Sales sogo boleh bersesak2, apa salahnya luangkan masa seisi keluarga singgah pesta buku KL 2014 ni kan?. Ilmu yang diperolehi, sukar ditukar ganti. Kalau taknak datang then Pakcik Sohoque menang IPAD Mini, jangan jealous2 pula.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Jangan Pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.