Hati Seorang Pengantin

Pelanduk Dua Serupa Hazman Fadzil

Tertarik dengan entri Hati Seorang Pengantin dari Saudara Denaihati. Mendalam maksudnya. Bukan mudah untuk bergelar Seorang pengantin. Food Blogger Melayu Popular misalnya masih mencari Mrs Right untuk dijadikan teman sehidup semati. Bukan memilih, namun keputusan yang terbaik sudah pasti menjadi faktor rakan blogger memilih teman yang terbaik bagi dijadikan calon Isteri. Tak begitu bro Hazman?

Banyak juga betulnya entri Berhenti Jadi Raja Sehari Kemudian Jadi Hamba Bank 10 Tahun #SBM2.0 . Tunjuk jari dekat diri sendiri. Salah seorang bekas Pengantin yang kini masih berhutang pinjaman peribadi 5 angka bagi urusan perkahwinan. Anak dah nak masuk tinggal, usia perkahwinan dah nak masuk 7 tahun, hutang kahwin masih belum habis dibayar. Inilah yang perlu dibayar bagi memenuhi “Adat Perkahwinan Melayu” yang banyak menyusahkan Hati bakal pengantin di Malaysia. Sampaikan kalau di kursus kahwin, siap ada satu slot di sesetengah tempat dibawakan wakil bank bagi yang berminat untuk mendapatkan pinjaman peribadi.

Butang-abang-jamil

Lain pula cabaran Pengantin yang bermadu. Hati Seorang Madu, lebih banyak memendam rasa dari meluahkan apa yang terbuku di hati. Madu bagi Si Suami, racun berbisa bagi Si Isteri. Menuntut cabaran yang berbeza dan penuh dugaan, ranjau, dan ……. Kagum pula melihat Salleh Yaacob misalnya, pernah jumpa dia ketika Isteri ketiganya melahirkan anak tarikh yang sama dengan anak sulung saya, sentiasa tersenyum . Sampaikan madu-madunya dan anak-anak turut berkunjung di hospital selepas kelahiran anaknya.

Yuyu Zulaikha Kahwin 2013

Buat Pengantin Baru dan bakal pengantin, jangan mudah melatah di kemudian hari. Hidup berkeluarga memang banyak ranjau dan durinya. Jangan terlalu mudah membuat keputusan yang terburu-buru yang mungkin memberikan kesan yang lebih buruk di masa hadapan. Yer, bukan mudah bergelar seorang pengantin. Jiwa Seorang Pengantin begitu berseni. Jika tidak masakan Cikgu Izzudin boleh melenting bila dihangitkan pinjaman peribadi tidak diluluskan.

P.s : Rindu zaman bergelar Pengantin Baru. Ianya antara saat terindah dalam hidup saya.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Hati Seorang Pengantin

Leave a Reply to Dkna Abza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.