Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan

Quite busy minggu ni. Banyak kerja yang belum disettlekan. Alhamdulillah, harini settle preparekan dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan. Isteri seorang guru, jadi layak untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan. Info pasal pinjaman ini bolehla refer website Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia .

Macam kes Isteri, membeli rumah/apartment yang dalam pembinaan (Under construction), antara dokumen yang diperlukan untuk proses loan ini antaranya :

photo

1) Borong permohonan pinjaman (boleh diisi online di  Permohonan Online Pinjaman Perumahan Kerajaan  dan printkan selepas itu selepas completekan isi borang online.
2) Surat iringan asal Ketua jabatan
3) Wang proses RM100 setiap permohonan (boleh dibayar online)
4) Salinan kad pengenalan
5) Slip gaji terkini/e-slip yang diakui sah oleh ketua jabatan
6) Salinan surat pengesahan jawatan berpencen sekiranya slip gaji ada potongan KWSP
7) Salinan surat pengesahan pemangkuan jawatan
8) Borang akuan pemilihan insurans/takaful
9) Salinan borang permohonan laporan pernilaian hartanah yang telah disempurna dan dikemukana kepada JPPH (Borang 1) kecuali pembelian rumah daripada pemaju berlesen dan permit iklan berkuatkuasa dan pembelian hartanah lelongan.
10) Salinan hakmilik induk/individu/strata yang disahkan oleh peguam/pemaju
11) Salinan perjanjian jual beli yang disahkan oleh peguam
12) Borang 2

Dokumen lain yang diperlukan jika berkenaan –
1) Pinjaman bersama suami isteri serta pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang diakui sah oleh ketua jabatan

Bagi yang pertama kali nak membeli rumah, saya syorkan fahami terlebih dahulu selok belok dan pelajari ilmu hartanah i.e. selok belok mendapatkan pinjaman, guaman dan pelbagai lagi. Antara info yang boleh dijadikan rujukan antaranya :

 1) 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia
2) Rahsia Pinjaman Rumah (bagi yang bercadang apply loan bank)

Memang untung apply loan kerajaan, kadar interest/untung yang rendah dan boleh apply 100% loan. Rugila kalau tak gunakan kemudahan yang sudah diberikan, kan? . Semoga semuanya berjalan lancar, antara perancangan saya , pelaburan hartanah ini dapat membantu bagi merancang untuk retire awal dan keluar dari Rat Race. Kena caranya, sudah ramai yang membuktikannya i..e Abang Yang Diminati Balak-Balak ini .Retire early, financial freedom dan boleh sentiasa Online di Facebook (hehehe, part ni saya tambah).

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.