≡ Menu

Sudah lebih dari Setahun saya potong dan tidak menggunakan lagi kredit kad . Sekarang ini, saya hanya membayar baki dari kredit kad tersebut. Nak buat full payment, masih belum berkemampuan, jadi setiap bulan saya membayar dalam RM200 each untuk setiap kredit kad saya tersebut. Personally, saya mula menggunakan kredit kad sejak umur 21 tahun tak silap, sejak zaman Universiti. Almost 10 tahun juga saya menggunakan kredit kad sebelum saya membuat keputusan untuk potong dan berhenti menggunkan kredit kad. Overall, rasanya saya sudah membayar lebih dari RM20K untuk interest dan late charges.

Inilah pengalaman saya selepas setahun tidak menggunakan kredit kad :

Kredit Kad Millenium

Hidupku Lebih tenang dan Financial lebih terurus tanpa kredit kad. Saya dapat buat judgement dengan lebih teliti yang mana satu keperluan, yang mana satu kehendak. Yang mana satu emergency, yang mana satu tidak. Lebihan dari membayar kredit kad bulan-bulan saya masukkan some portion dalam “Emergency Fund”, so duit inila yang saya gunakan in case of emergency i.e. accident, gadget rosak, rawatan hospital, etc.

Yes, I can survive without kredit kad. Mungkin ada yang cakap perlukan at least untuk emergency. Tapi, kalau saya boleh ada saving yang mencukupi dan debit kad, rasanya in case of emergency pun saya tidak memerlukan kredit kad ini.

Yup, bagi yang pandai merancang dan boleh membayar full setiap bulan, kredit kad adalah satu kelebihan i.e. dapat point yang dapat ditukarkan dengan barangan yang etc. Tapi, bagi yang macam eyriqazz yang susah nak melawan temptation kredit kad i.e. takpelah hujung bulan bayar, takpelah, 5% baru je Rm200+ etc… Snowball effect, akhirnya menjerat diri jika tidak pandai menggunakan. Good Loan vs Bad Loan, kredit kad pada kadar interest 18% setahun, for me ,prevention is better than cure.

Tertarik dengan perkongsian entri ini Kad Kredit Pemusnah Hidup Berpanjangan, perkongsian seorang Jutawan Blogger/Business Berjaya, pengalaman beliau bersama kredit kad. Saya sangat bersetuju dengan statement ini :

“Aku sekarang memang bebas dari kad kredit dan aku syorkan kepada semua tak perlulah pegang kad kredit. Kad kredit ini sebenarnya fasiliti untuk orang kaya bagi memudahkan mereka membayar dimana sahaja tanpa perlu membawa wang tunai. Bagi orang kurang berada kad kredit hanyalah jerat yang akan memakan tuan. Bank ni manis mulut masa kita memohon tetapi kalau tak bayar akan dikejar sampai lubang cacing. Tak percaya?? Kepada teman-teman yang ada pengalaman kongsilah untuk dijadikan pengajaran kita bersama.”

Kredit - Kad Kredit Pemusnah Hidup Berpanjangan,

Apa pula pandangan korang, Bolehke Survive without Kredit Kad?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • hafiz 20 April 2014, 12:54 pm

    memang nampak banyak keburukan dari kebaikan kad kredit ni..
    hafiz recently posted…Contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27My Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 12:59 pm

      For me, yes..banyak keburukan dari kebaikan…

      Reply
  • Faizalpj 20 April 2014, 12:57 pm

    Duit kad kredit tu boleh bayar insuran bulan2 bos.
    Amacam
    Faizalpj recently posted…Moh Sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014My Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 12:59 pm

      Agreed bro…Lepas potong kredit kad, terus saya angkat insurans… Prudential…

      Reply
  • Khairil Mazri 20 April 2014, 1:03 pm

    yeop tak pernah apply mana2 kad kredit di mana2 bank, tapi yeop boleh survive sebab sepanjang 5 tahun kerja yeop tiada masalah kewangan, cuma jarak tempat kerja saja jauh sikit.
    Khairil Mazri recently posted…Bila Blog Terkena MalwareMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 1:04 pm

      Alhamdulillah, better that way bro..Once terjerat, susah nak keluar..Myself dah almost 2 tahun potong kredit kad pun blom habis bayar lagi ni..

      Reply
  • Nor Ariffin Hamzah 20 April 2014, 1:14 pm

    Alhamdullilah dah 3 tahun tak gunakan kredit kad sejak menjadi penjawat awam. Walaupun gaji kurang dari kerja swasta dahulu tapi dah rasa lebih tenang tanpa memikirkan hutang kredit kad.
    Nor Ariffin Hamzah recently posted…3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarneyMy Profile

    Reply
  • hazman aka species1980 20 April 2014, 1:34 pm

    Eden memang bersyukur sebab tak pernah terdorong nak apply kredit card nie …. even kad mesra atau bonuslink pun takde… just business dan name card blogger tu ada ler….
    hazman aka species1980 recently posted…Gambar Sekitar Mixed Martial Arts Fighting Championship 2014My Profile

    Reply
  • Mas 20 April 2014, 3:02 pm

    Salam…lama tak menjengah ke ke sini…bukak2 ada topik menarik. Yup saya pon dah kerat dua kad kredit saya n buat full settlement 2 tahun lepas. Sy guna lbh kurang 2 tahun. First time n last kot, insyaAllah. Betul ckp bro Eryqazz kalu golongan middle class tok sahlah…memang menjerat..
    Mas recently posted…8 Kajian Saintifik Mengenai Khasiat Bawang PutihMy Profile

    Reply
  • myvitrd 20 April 2014, 3:39 pm

    saya pun tinggal satu sahaja.. tak guna tinggal bayar bulan2 sahaja.. target this year nak bayar semua.. :-) say no more again kad hutang
    myvitrd recently posted…Mohon Rumah Mampu Milik Di Johor Secara OnlineMy Profile

    Reply
  • Bahrain 20 April 2014, 5:11 pm

    ALHAMDULILLAH, sampai sekarang tak pernah pohon kad kredit. Gunakan duit yang ada. Beli ikut kemampuan sahaja.
    Bahrain recently posted…RIO 2 : Kembali Ke Habitat AsalMy Profile

    Reply
  • onlajer 20 April 2014, 6:09 pm

    bagi saya ada takde kad kredit tidak menjadi masalah, tetapi saya rasa duduk dibandar ini memang patut gunakan kad kredit secara berhemah, sebagai contoh saya suka berbelanja dipasaraya besar seperti giant, tesco dan lain-lain. pasaraya conform saya tak boleh untuk menawar harga dengan kad kredit pastinya cukup bulan saya akan dapat rebet
    onlajer recently posted…Socket Tester Mengelakan Kesalahan PenyambunganMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 8:04 pm

      Kalau boleh control tiada masalah..Kalau tidak, better elakkan sebelum lebih teruk

      Reply
  • Faez Zainal 20 April 2014, 8:54 pm

    Saya cuma pakai kad debit je…senang…kalau nak beli apa-apa pun beli saja cash.Kecuali beli kereta dan rumah…itu memang kena jugak berhutang…
    Faez Zainal recently posted…Kalau Masih Catu,Saya Mandi Di Rumah MBMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 9:21 pm

      Itulah yang sebaiknya..Tahniah bro

      Reply
  • Ammar 20 April 2014, 9:12 pm

    Mujurlah saya tak pakai kad kredit. Kadang2 takut jugak bila pakai kad kredit ni. Takut belanja lebih dari mampu.
    Ammar recently posted…Web Hosting Terbaik dan Termurah di Malaysia 2014My Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 9:20 pm

      Agreed…better safe than sorry..

      Reply
  • anuar 20 April 2014, 10:55 pm

    Kad kredit ni macam Ah Long.. cuma bezanya Ah Long mengenakan bunga yang tinggi secara terang terangan. . Sedangkan Kad kredit mengenakan faedah yang tinggi secara halus. . Siap ditambah kos pentadbiran dalam bil semasa kita. . Huhuhu.
    anuar recently posted…2 Ebook Perniagaan Internet Untuk Dimiliki secara PERCUMAMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 11:12 pm

      Setuju bro..Itu blom masuk late charges lagi..Surprise, late charge ni 1% dari current balance..I.e. kalau balance rm2000, terlewat bayar, kena byr Rm20 senang2 je….

      Reply
  • Faizal Fredley 20 April 2014, 11:23 pm

    betul tu…saya memang x berani nak guna kad kredit ni memandangkan golongan muda yg bankrap ni rasa yg guna kad kredit…
    Faizal Fredley recently posted…7 Sebab Kenapa Backpacker Lagi BestMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 20 April 2014, 11:24 pm

      Agreed bro..Ramai golongan muda yang terperangkap dengan kredit kad sekarang ni..Ada yang jatuh bankrupt pun ada..

      Reply
  • syazwan 21 April 2014, 8:42 am

    boleh gunakan kad kredit, cuma pastikan setiap bulan buat bayaran penuh, jangan hutang, lebih banyak benefit berbanding gunakan cash sahaja. eg: cash rebate. cuma perlukan disiplin. kad kredit cuma ganti untuk method of payment, bukan untuk berhutang

    Reply
  • hafizmd 21 April 2014, 11:50 am

    Alhamdulillah. Ambe dan wife mmg tak pernah ada kad kredit…

    harap2 takkan ada sampai bile2..ada jugaklah dulu2 “terbuat sbb termakan kata2 org bank” tp tak pernah guna sampailah expired…

    so, insyaAllah boleh survive tanpa kad kredit =)
    hafizmd recently posted…Bluefin-21 Jentera Selam Operasi Kehilangan MH370My Profile

    Reply
  • brohantu 21 April 2014, 5:24 pm

    Setuju sangat pasal ni.. aku tak pernah guna pun kat kredit. Kalau bank bagi aku buat tukun jer
    brohantu recently posted…Cara Memancing Siakap TerbaikMy Profile

    Reply
  • profhariz 21 April 2014, 8:55 pm

    Cukup hanya sekadar debit card :)
    profhariz recently posted…#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet AtkinsMy Profile

    Reply
  • iZwaN 22 April 2014, 9:00 am

    Saya ada menggunakan kad kredit. Saya TERPAKSA guna dan kad kredit ada KEPERLUAN kpd saya dan bukan KEHENDAK. Setiap kali lepas swipe, bila dah masuk dlm statement terus byr full payment. Alhamdulillah tidak perlu byr interest dan lain2 charges, dapat pula rebate dan point yg boleh ditebus. Hingga sekarang, masih lagi kawal perbelanjaan dan harap2 terus DISIPLIN. Itu yg penting. Hanya pendapat saya. =)

    Reply
    • eyriqazz 22 April 2014, 9:13 am

      Alhamdulillah..Kalau dpt control takde masalah..Kalau tak dpt control macam saya, better elakkan…

      Reply
  • Myra Jay 24 April 2014, 4:11 pm

    MJ ngan asben TAK PERNAH ada kad Kredit, kitorang gntikan dengan Debit Card, dari situ kita boleh control perbelanjaan agar tak tiris dan mengawal diri dari berbelanja melebihi kemampuan.
    Myra Jay recently posted…Dapat free Trial Pack Ephyra 10 sachetMy Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »