Status Halal Pepero – Lagi Jawapan Balas dari Pekerja Haji Ismail Group

Harga Coklat di Langkawi 1

Entri sebelum –> Status Halal Coklat Pepero – Jawapan Balas dari Haji Ismail Group Langkawi . Saya ada menerima e-mail balas dari yang mengatakan dia pekerja dari kedai tersebut :

” Saya adalah pekerja HIG langkawi .Kami dari bahagian admin ingin memohon kemaafan dari pihak tuan atas jawapan balas(email) oleh salah seorang pekerja kami yang sangat mengecewakan kami pihak pengurusan dan tentulah para pelanggan akan berasa lebih kecewa.Sekali lagi kami memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Harga Coklat di Langkawi 9
Adakah coklat pepero halal?Sebenarnya semua coklat yg hendak di jual di HIG melalui beberapa langkah sebelum ia di jual
        1)Kami akan tanya dahulu pengeluar atau ejen adakah ia halal
        2)kami akan semak kandungan untuk pastikan bahan-bahannya halal
        3)kami akan mula menjual bila yakin produk tersebut halal dan dalam masa yang sama   kami akan meminta sijil pengesahan halal dari pengeluar atau ejen.
Dari pengalaman kami untuk coklat tempatan agak mudah utk mendapatkan sijil halal.
Dan utk coklat yg diimpot amatlah sukar utk mendapatkan sijil tersebut lebih lebih lagi jika negara tersebut umat Islam minoriti.walau bagaimanapun kami tetap berusaha utk mendapatkannya walaupun mengambil masa bertahun tahun.
Pada pendapat kami yg halal itu bukan cop atau sijilnya tapi ramuan dan cara mendapatkannya yang di ambil kira(tolong perbetul jika salah).Kami di HIG amat amat mengalu ngalukan sebarang maklumat berkenan halal haram ini demi utk kebaikan bersama kerana kami di HIG tidal mahu menjual benda yang haram kepada pelanggan .Diharapkan sedikit maklumat ini dapat membantu kepada para pelanggan kami khasnya kepada tuan
Sekali lagi kami memohon maaf atas kesilapan kami – roslee7777@gmail.com –
Kalau dari awal, e-mail sebegini dibalas, at least pengguna tidakla begitu marah kan? Apapun, tepuk dada, tanya selera.P.s : Diharap Pihak HIG turut mendapatkan sijil halal dari JAKIM kerana ianya lebih diyakini di Malaysia.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

24 thoughts on “Status Halal Pepero – Lagi Jawapan Balas dari Pekerja Haji Ismail Group

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.