SBB2014 – Bloggers yang Menyerlah

himpunan-mega-blogger-sepetang-bersama-blogger-2014 (1)

SBB2014 – Sepetang Bersama Bloggers yang berjaya menghimpunkan lebih dari 300 bloggers. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Tahniah diucapkan buat Team Denaihati Network.

Saya tak sempat nak review lagi tentang event ini. Cuma, kali ini saya ingin kongsikan beberapa bloggers yang saya rasakan menyerlah di event ini dan saya boleh katakan berjaya menjenamakan blog mereka. Ini hanyalah pandangan peribadi dari bloggers yang sempat saya berjumpa sepanjang event tersebut.

1) KhairilMazri 
– First time jumpa tengok dia dengan senyuman menguntum di pagi hari . Dengar cerita antara blogger yang terawal sampai di event SBB2014 dan tidur di stesen bas. Sangat peramah dan terus menghulurkan bisness card. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Orang yang tak lokek dengan senyuman ini memenangi hadiah di event tersebut @ Iphone 5.

2) Hasrulhassan 
–  Di blog nampak agak serius. Selalu berkongsikan tips-tips blogging yang bagus dan terbaik. Di event, senyuman sentiasa menguntum dan menjadi perhatian bunga-bunga yang mekar . Namun sayang, si kumbang sudah menjadi milik orang. Owhh, Abang Jamil in the making? Hehehehe, just kidding. Salah seorang blogger yang tidak lokek dan mudah menegur blogger2 yang lain.

3) Bonikacak
Penjenamaan yang berhasil tahun lepas tukar nama blog kot. Entah, kalau tanya eyriqazz, sampai skang tak ble nak sebut apa nama blog dia dulu. Boniketak kot?. Nyanyian Yeo’s nya memang memukau, namun sayang belum mampu menurunkan hujan di kala kemarau yang semakin melanda. Blogger yang semakin meningkat naik dan mampu menjadi duri dalam daging di gelanggang futsal.

4) HazmanFadzil
– Food Blogger Melayu Popular. Muncul di MHI dan antara guest bloggers di SBB2014. Santai dan mudah mesra dengan semua orang sampaikan ada yang menyangka dia ini adalah Adik Aaron Aziz. Hehehe, just kidding. Penjenamaan Food Blogger yang berkesan dan semakin dikenali di dunia blog Malaysia.

5) Mialiana.Com
–  Gosok-gosok mata. Betulke Mialiana ni? Kenapa cantik semacam je mengalahkan anak dara di malam pertama? Guest blogger untuk sesi bersama EPhyra , antara blogger yang semakin meningkat naik dan Top Alexa Ranking di Malaysia. Tanyalah dia sendiri, pentingke ALexa ranking? ENough said, berderet-deret potential advertiser menghujani e-mailnya untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

6) UstazahAin.Com
Bukan senang nak cari ustazah yang berblogging. Pandai masak dan peramah orangnya. Sayang tahun ni tak sempat menegur dan berbual dengan ustazah. Memang murah rezekinya. SBB2013 dia menang lucky draw IPAD Mini. SBB2014, menang Iphone 5 pula. Apa rahsianya? . Hidupkan untuk memberi …

7) UncleGedek
Sekali pandang nampak ada iras-iras macam Awie. Sepatutnya hari itu dia menyanyi dengan Zarul Umbrella tapi dia mengelat, lari di tengah hari. Muncul je balik, berderet-deret mak orang dan awek-awek minta bergambar. Seorang blogger yang ‘Selfie’ bukan “Selfish” yang unik. Takpe2, next year Uncle Gedek naik pentas ya?

Sila tambah mana-mana yang tertinggal…

P.s – Kredit picture to ILuvTour.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

42 thoughts on “SBB2014 – Bloggers yang Menyerlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.