≡ Menu

IMG_4542 Dah lama beli kasut sukan ni. Rasanya sama beli dengan kasut futsal , 4 bulan lebih dah. Kasut futsal sempatla juga guna sekali. Kasut ini, masih diperam sehingga kini. Masa untuk berubah, apabila usia semakin meningkat. Kesibukan di tempat kerja dan urusan keluarga di rumah bukannya satu alasan kan? Kagum dengan Bro Ben Ashaari, walaupun ada anak, masih sempat untuk turun ke gym dan badak berketak-ketak.


Kalau dulu, Johan Merentas Desa sekolah. Sekarang, kejar Azim dan Alisya pun sudah termengah-mengah. Usia semakin meningkat. Nasib baik ada Ephyra, energy booster yang menambahkan tenaga seharian.  Namun, kalau pemakanan tanpa bersukan, ianya masih belum cukup berkesan kan?

Hopefully, kali ini tidak Hangat-hangat tahi ayam lagi. Kesihatan perlu dijaga. Mencegah lebih baik dari mengubati . Jom ke gym….

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »