≡ Menu

bajet-kahwin

Wang Menghalang Perkahwinan Anda? . Merancang untuk kahwin tapi duit belum cukup? Saya fahami apa yang mungkin sesetengah anda hadapi, saya pernah kongsikan pengalaman saya di entri Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin , pengalaman peribadi saya yang berkahwin pada usia 25 tahun , bekerja kurang dari 3 tahun dan terpaksa membuat pinjaman peribadi lebih dari 3 buah bank (RHB, Alliance Bank, OCBC dan 2 Kredit Kad). Almost saya patah semangat dan hampir membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan atas faktor kewangan ini.


Namun, kali ini bukan saya nak ceritakan kisah saya, namun saya yang nak kongsikan “Success Story” Adik Ipar saya yang berusia 29 tahun yang bakal berkahwin hujung bulan ini. Ironinya, satu sen pun dia tidak membuat pinjaman untuk berkahwin… Yang lagi best, dia mampu menyimpan/melabur dan mendapat lebih kurang RM60K+ dalam masa 7 tahun.

Inilah Rahsia dan Tips yang diamalkan oleh Adik Ipar berdasarkan pengamatan saya :

savings-4
1) Disiplin Dalam Menabung/ Tips Tabung Bunian –> Rahsia Menabung RM45,000
* Adik ipar saya bermula gaji pokok lebih kurang RM1,800 sebulan lebih kurang pada awal tahun 2007 ( saya baru kahwin time ni). Semenjak bekerja, Adik Ipar mengirimkan Rm500 kepada Mak Mertua. RM300 untuk simpanannya, dan RM200 untuk mak/bapa mertua. Namun ibu/bapa mertua tidak ambil duit Rm200 tersebut kerana faktor kewangan mereka yang sudah stabil. Semuanya disimpan didalam Tabung Haji Adik Ipar. Sepanjang 7 tahun , jumlah ini konsisten dan tidak pernah dikeluarkan.

Simple Maths – RM500 x 12 x 7 = RM42,000 tidak termasuk dengan dividen tahunan.

2) Melabur Dalam Hartanah 
* Adik Ipar saya mengambil risiko dan berani melabur dalam hartanah. Adik Ipar saya membeli Studio unit di Shah Alam (Nusmestro tak silap) pada tahun 2010-2011 tak silap. Kalau ikutkan memang loan dia tak lepas. Tapi dia membuat loan berkongsi dengan sahabat karibnya dan lepas housing loan. Time tu selepas ditolak bumi diskaun dan rebat, dia dan rakan dia hanya bayar lebih kurang RM5K deposit iaitu RM2,500 seorang. Sebelum condo siap, kadar interest dan jumlah interest dibayar overall dalam RM5K.  Owh ya, Studio unit Condo ini dibeli pada harga RM260K. Time tu memang macam ‘berani mati’ la adik ipar saya ni. Dahla buat loan dengan kawan, nanti bila rumah dah siap, mampu ke bayar??

Calculate risk, Condo tersebut dijual atas persetujuan bersama dengan kawannya pada akhir tahun 2013 sebelum new RPGT diperkenalkan. Dijual kepada seorang doktor untuk anaknya yang bakal belajar di Salah sebuah kolej di Shah Alam pada harga RM350K. Untung kasar adalah lebih kurang RM90,000. Selepas ditolak RPGT, penalty on early settlement dan faedah yang telah dibayar sementara rumah tersebut siap, dapat la untung bersih dalam RM60,000 which is RM30,000 seorang.

Jumlah simpanan/Investment = RM72,000.00

Wait, bolehke gaji kecil camtu nak sustain life di Kuala Lumpur ini. Urmm, Adik ipar saya ini seorang yang berjimat cermat dan ukur baju pada badan sendiri walaupun agak menggemari gajet mahal seperti Iphone . CaraAdik ipar mengurangkan perbelanjaan di Kuala Lumpur ini :

1) Tinggal bersama kami
- Bilik di rumah kami ada 3 bilik. Jadi, satu bilik diberikan kepada adik ipar. Adik ipar memberikan RM300 kepada kami untuk sewa dan belanja makan. Kami tak kisah sangat kerana adik ipar kami memang baik hati dan sentiasa melayan anak-anak kami bagaikan anak sendiri. Plus, memang mudah untuk minta tolong etc.

2) Kos Pengangkutan
- Agak bertuah bagi adik ipar kerana sebagai engineer, syarikat menyediakan Pajero dan yang bestnya boleh claim minyak/tol. So, plus point di situ.

3) Kos Makanan
- Adik ipar bukan seorang yang cerewet dalam makan. Jarang dia makan di tempat2 yang mahal i.e. dinner yang melebihi Rm15 semalam. Normally kalau tidak makan bersama kami, normally dia akan singgah di kedai mamak or kedai makan berdekatan.

4) Lain-Lain Perbelanjaan
- Kagum , adik ipar memang pandai menguruskan perbelanjaan. Walaupun membeli Iphone etc, normally, pembelian tersebut dilakukan dengan 0% interest i.e. pinjam duit ibu/bapa terlebih dahulu, dan dibayar ansur2 setiap bulan. Ala, macam sistem kutu lebih kurang.

5) Tidak menggunakan kredit kad
- Yup, adik ipar saya tidak menggunakan kredit kad. Saya rasakan ini antara pembunuh utama golongan muda kini. Tidak ramai yang mampu menahan temptation kredit kad especially bila kos sara hidup semakin meningkat. Jangan pandang rendah pada kredit kad, kadar faedah nya 18% antara kadar faedah tertinggi. Alhamdullilah, saya sendiri selepas memotong 2 kredit kad, terasa hati lebih tenang dan kurang rasa terbeban.

6) Ukur baju pada badan sendiri
- Kos lain-lain juga dapat dijimatkan apabila tinggal bersama keluarga terdekat i..e elektrik, Astro, Internet, Air dan pelbagai lagi. Kami pula memang berbesar hati adik ipar tinggal bersama kami dan banyak membantu kami dalam aktiviti seharian.

Jangan diukur sebanyak mana gaji anda. Besar periuk, besarla keraknya. Jika pandai ‘manage’ , In Shaa Allah lebih berjaya. Saya sendiri banyak belajar dari adik ipar. Walaupun seorang banker, ternyata, dari segi pengurusan kewangan peribadi/keluarga, ternyata adik ipar lebih bijak dari saya. Mungkin dari didikan Ibu/Bapa Mertua, yang combine gaji tidak sampai RM7K sebulan namun mampu memiliki aset dan pelaburan bernilai Jutaan Ringgit.

P.s : Bukan Senang nak senang, bukan susah nak susah…



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »