Kena Tipu Baiki Ipad di Pertama Kompleks?

Si anak meragam IPAD rosak. Terjatuh. Tanpa berfikir panjang, balik je kerja semalam terus ke Pertama Kompleks untuk baiki IPAD. Singgah di Kedai Telekomunikasi Samsung Mobile, Pertama Complex. Kedai yang paling dekat dengan Sogo/dari kedai makan. Tak jauh dari KFC.

IPAD saya ni tak boleh nak ON kan. Anak terjatuhkan masa tengah pegang. Masa tanyakan harga, staff nya cakap harga dalam Rm200 untuk baiki. Ambil masa dalam setengah jam. Saya pun ok la. Lepas setengah jam saya datang lagi, kata dah siap. RM200. Tapi kalau nak lagi better upgradekan software sekali, RM120. So, total jadi RM320. Saya dah mula rasa semacam. Takkan nak upgradekan softwarepun sampai RM120 ? Boleh buat sendiri je melalui wayar IPAD.

Dia cakap kalau upgrade, lebih stabil sedikit tapi tak janji akan ok ke tidak. Kalau tak upgrade, dah boleh on kan IPAD tu. Saya fikir okla, tak perlula upgradekan software. Kenapa nak bayar RM120 bila boleh buat free je?

photo 3 (1)

Saya minta dia buat resit. Tapi saya dah mula rasa fishy. Dia kasi resit tanpa cop company. Adalah amount . Rasa macam kena tipu je.. Bagi resit siap tanya, nak resit utk claim lhdn ke? . Dia macam cuak bila saya minta resit. Takut terlupa, saya tuliskan nama kedai tu sekali. In case apa-apa jadi boleh datang lagi. Yang pelik, di resit tu dia tulis, no warranty? Wuttt???

photo 4

Balik rumah, Ok la sekejap. Sempatla anak bermain semalam. Pagi, takble nak on kan balik. Saya pun singgah la kedai tu balik time lunch.

Semalam baiki harini takble switch on.. Datang balik kena marah2 kenapa xnak upgrade software dan kata baiki smalam xde warranty.. Nak baiki lagi kena bayar lagi.. Saya cakap try la check balik apa problem. Dia cakap ambil masa sejam. Sampai sejam saya datang lagi dia marah-marah saya. Itulah, semalam suruh upgrade taknak upgrade. Sekarang memang tak boleh nak On kan.

Yang peliknya, IPAD sayatu langsung dia tak buka. Dia just sambungkan wayar dan cuba upgradekan software. Katanya kalau nak buka IPAD dan tengok apa rosak, kena bayar lagi. Maybe lebih mahal dari semalam.

Pengalaman lama, saya dah faham .Saya dah nak kena tipu ni. Teringat pula kisah Amy Sweetdarling kena tipu Di Happy Pad Wangsa Walk . Saya kongsikan di facebook, rupa-rupanya, banyak kes orang kena tipu di Pertama Kompleks ni. Bukan rezeki saya, rasanya sayapun kena tipu.

Kedai Telekomunikasi Samsung Mobile Pertama Complex
Bahan bukti, saya snap gambar kedai tu sebelum keluar. Inilah kedainya. Kedai Telekomunikasi Samsung Mobile, Pertama Complex . Saya tak faham kenapa dia perlu defensive dengan customer dan perlu marah-marah saya. Then kenapa tak cerita hal sebenar? Then semalam ok harini tak ok, kenapa tak refund duit saya? Mean apa yang dia baiki tu belum ok lagi kan?

Sayapun maybe tengah pertimbangkan untuk laporkan kepada National Consumer Complaint Centre.

Lesson learnt :
1) Biar lambat asal selamat. Jangan main terjah je bila nak baiki or beli sesuatu. Search or tanya kawan-kawan rapat dulu
2) Kalau ada something yang fishy, it might be true. Jangan layan sangat kehendak penjual. Normalla, bila nampak kita ‘desperate’ makin ditekannya. Kes ini bagi peniaga yang tak beretika la.

Action taken for me –
1) Blacklisted kan Pertama Complex dalam list membeli gadget etc

Better safe than sorry rite? Boleh rekomenkan tempat ok nak baiki gadget Apple dengan harga yang berpatutan?

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

49 thoughts on “Kena Tipu Baiki Ipad di Pertama Kompleks?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.