Kena Belasah Kerana Pandang-Pandang

On the way balik dari temankan Isteri shopping tudung di Seksyen 7, Shah Alam, singgah di stesen minyak shell bersebelahan dengan KFC di Lebuhraya Persekutuan. Azim nak mashed potato. Di belakang saya di meja seorang anak dan ibu berbangsa cina tengah mengira wang syiling di meja. Tengah-tengah beratur :

Aphal pandang pandang
Kau Aphal pandang-pandang? Dari tadi aku nampak ko perhatikan aku? Ko ingat aku nak curi duit ko ke? Kurang asam ko arr..

Terkejut, eyriqazz pandang belakang. Seorang lelaki berbangsa india lingkungan usia 40 tahun tengah marah-marah dengan si remaja yang berusia lingkungan 17 tahun.

Remaja : I don’t look at you. Sorry…

Apa sorry2, aku nampak ko pandang2 aku? Mana bapak ko? Aku nak ajar skit?

Si Mak : Sorry Sir, sorry…My Son didn’t look at you… Maybe he mislook at you…

Apa sorry2 …Kurang ajar ko arr…Gedebik, di tolak-tolak kepala remaja itu dengan tangan… Pang……

Staff KFC dan Eyriqazz sendiri kaku. Kalau eyriqazz terror bersilat or seni mempertahankan diri, mahu eyriqazz kasi penampar kokedai. Namun, saya akui, saya masih pengecut. Tak jadi beratur dan membeli dan takut perkara menjadi lebih teruk, saya berlalu pergi. Pandang ke belakang, si remaja tersebut masih dimarah-marah dan ditolak-tolak kepala. Suara makin melenting. Serius, ada lagi manusia camni? Kerana pandang-pandang nak belasah remaja itu?

Eyriqazz melangkah sugul…Rasa macam nak subscribe kelas mempertahankan diri. Semakin hari, Malaysia semakin kurang aman. Di manakah silapnya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

27 thoughts on “Kena Belasah Kerana Pandang-Pandang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.