Gali Lubang, Tutup Lubang

Gali lubang tutup lubangBeberapa hari lepas, saya menerima mesej dari pembaca berkenaan Pinjaman Peribadi. Mungkin dari entri yang saya tulis pada tahun 2009 iaitu Pinjaman Peribadi yang saya kongsikan pendapat peribadi, saya refinancekan beberapa Pinjaman Peribadi + Kredit kad kepada satu pinjaman peribadi. Ini mesej yang diterima oleh pembaca tersebut :

Pinjaman Peribadi
Saya pendekkan cerita, pembaca mempunyai pinjaman berjumlah RM16,000 dari CIMB dan bercadang untuk refinance kan pinjaman tersebut bagi membayar pinjaman dan baki refinance tersebut untuk kegunaan peribadi. Saya andaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dan rakan pembaca bercadang menggunakan lebihan dari wang refinance i.e. refinance RM25K, dan lebihan RM10K tersebut untuk baiki rumah, pendidikan anak-anak, or etc.

Saya tertarik dengan feedback yang diberikan oleh Tuan Denaihati , seorang yang agak berpengalaman dan telah lama merasai asam garam kehidupan. Seorang sifu yang cukup saya kagumi, online mahupun offline. Inilah jawapan yang diberikannya :

” Kalau setakat pinjam utk bayar hutang cimb kemudian lebih buat perbelanjaan sendiri lebih kurang cerita gali lubang tutup lubang dimana masalah akan terus berpanjangan tak selesai2. Kalau nak pinjam sebahagian bayar hutang cimb sebahagian dilabur dan keuntungan diguna bayar hutang ada juga nampak jalan penyelesaian.

Jadi cadangan saya kalau sekadar pinjam utk bayar hutang baik jangan sebab tak akan menyelesaikan masalah selain memanjangkan hayat masalah kerana yg dipinjam tu pun nak kena bayar mungkin jumlahnya kurang sedikit tapi pasti lebih lama.

Saya totally setuju dengan pendapat Tuan Denaihati kerana saya sendiri pernah berada di Pihak Pembaca tersebut. Bila refinance amount yang lebih tinggi, bermakna jumlah bayaran bulanan mungkin lebih tinggi. Jika bayaran sebelum ini pun sudah merasakan agak membebankan, apatah lagi jika ianya ditambah. Personally, saya tidak bersetuju jika refinance tersebut untuk tujuan gali lubang, tutup lubang kerana kelak ianya akan lebih membebankan.

Apapun, ini cadangan saya sekiranya refinance ini diperlukan untuk projek “Gali Lubang tutup lubang”:

1) Berjumpa AKPK – Mungkin AKPK boleh memberikan nasihat atau jika masuk program AKPK,AKPK boleh menolong dalam restructuring kan semula pinjaman sedia ada. Normally, AKPK boleh membantu dalam memanjangkan tempoh or negotiate mengurangkan kadar faedah dan hasilnya, jumlah bayaran bulanan akan berkurangan.

2) Tambah Pendapatan – Ada pelbagai cara untuk menambah pendapatan baik secara online mahupun Offline.Cari ilmu dan belajar dengan sifu-sifu yang telah berjaya i.e. Tuan Denaihati.

3) Semak semula pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Cuba kurangkan perbelanjaan yang boleh dikurangkan i.e. makan di luar, pakaian berjenama ,etc (tujukan kat diri sendiri juga)

4) Jika ada kredit kad dan tidak mampu membayar at least 50% dari jumlah yang dihutang setiap bulan, cancelkan kredit kad tersebut . Temptation kredit kad yang sukar dikawal seakan-akan seperti api. Bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

5) Dapatkan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman . Buat pembaca, any tambahan cadangan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Gali Lubang, Tutup Lubang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.