Breakfast Combo Bersama AirAsia

Saya antara pengguna yang sentiasa terbang bersama AirAsia. Selain faktor harganya yang berpatutan, salah satu lagi faktor yang membuatkan saya memilih AirAsia adalah makanan di dalam kapalterbang. Bagi saya walaupun berbayar, rasanya kena dengan selera saya. Sedap dan puas hati. Salah satu hidangan menyelera yang menjadi ingatan saya adalah :


Nasi Lemak Pak Nasser bersama kelapa muda. Serius membangkitkan selera. Satu kombinasi yang sukar dicari lebih-lebih lagi di dalam kapalterbang. Rasa nasi lemaknya memang kena dengan selera saya. Tidak begitu pedas, dan tidak tawar.

Berita baik, AirAsia kini menyediakan breakfast combo untuk penerbangan antara 5.30 pagi sehingga 11 pagi.

Breakfast Combo (1)

Hanya dari RM10, antara hidangan yang disediakan antaranya Pak Nasser’s Nasi Lemak, Scallop COngee (Bubur), Roti Canai dengan Chicken Curry dan Pancake dengan Butter dan Maple Syrup. Free coffee dan teh tarik (term and condition apply). Fuhh, bolehla terbang waktu pagi pula lepas ini untuk menikmati juadah menyelera ini.

Pak Nasser’s Nasi Lemak (1)
Rasanya ini pilihan utama saya kalau terbang bersama AirAsia untuk hidangan Breakfast Combo.

Pancakes with Butter and Maple Syrup (1)

Pancake ini satu keunikan. Lain dari yang lain. Sesuai rasanya dengan citarasa pelancong asing. Bagi mempromosikan di mata dunia, faktor makanan di atas kapal terbang patut dititikberatkan. First impression for them .
Roti Canai with Chicken Curry (1)

Malaysia, memang tak boleh lari dari Roti Canai kan? Sudah cukup sinonim , roti canai dengan teh tarik. Good Job AirAsia dalam mempromosikan makanan popular di Malaysia.

Scallop Congee (1)
Bubur nasi, sesuai untuk anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung, dan sebagainya. Yang ni tentu menjadi kegemaran isteri saya.

Overall, Breakfast Combo AirAsia nampak menyelerakan dan kena dengan pelbagai citarasa penumpang. Penumpang gembira, perjalanan selesa, penumpang setia?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

8 thoughts on “Breakfast Combo Bersama AirAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.