MSMW2014 – Layakke Menang?

MSMW2014

Tertarik dengan entri Blogger Popular Malaysia @ Ariffshah – Blogger dan Award , beliau berkongsikan pengalaman dan pendapat berkenaan Malaysia Social Media Week 2014 . Sebagai seorang blogger yang pernah memenangi 2 tahun berturut-turut MSMW2012 dan MSMW2013, pendapatnya memang ada banyak betulnya . Saya quotekan salah satu darinya :

” Bila bercakap tentang award, saya selalu tanya diri saya balik, layak ke? Melihat kepada kategori tahun ni, saya sedar blog.ariff tak layak untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan. Kalau ada pun macam kategori lifestyle tu, masih lagi rasa tak memenuhi definisi sepenuhnya blog lifestyle.” – Ariffshah –

Blog Eyriqazz.com sendiri tercalon dalam kategori Lifestyle. Fikir-fikirkan balik, Layakke Blog Eyriqazz.com untuk menang? . Kalau diikutkan layak untuk menang, banyak lagi blog bagus/popular yang sememangnya layak untuk menang. Namun, bak kata pepatah, “Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Manusia ” siapa yang tahu kan?

Pengalaman berblog lebih kurang 5 tahun banyak mengajar saya. Apalah sangat Achievement yang pernah saya capai sepanjang berblog jika dibandingkan dengan ramai bloggers lain di luar sana. Di tambah lagi sekarang ini, mood berblog semakin “Kenadotan”. Namun saya tetap pastikan sekurang-kurang at least 2 hari sekali, ada entri yang saya updatekan. Berkongsi pengalaman peribadi dan juga untuk menjadi tatapan Anak-anak saya di masa hadapan. Banyak kisah saya coretkan pasal keluarga, travel, dan makanan di blog ini.

10 February 2014 adalah hari terakhir untuk undi. Undian kali ini nampak lebih bagus kerana boleh undi sekali sahaja dan undi satu blog saja untuk satu kategori. So, dah nak masuk hari terakhir, jom sama-sama kita meriahkan. Kita buktikan yang “Bloggers mempunyai pengaruh yang besar di luar sana”.

Jom sama-sama Undi Blog Pilihan Anda :

1) Registerkan dahulu di sini –> http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/signup.php
2) Check e-mail dah confirmkan registration
3) Log in kan di –> SINI
4) Undi blog Pilihan Anda mengikut kategori .

Jangan lupa Undi Eyriqazz untuk kategori –> Best Lifestyle Blog anda rasa “Eyriqazz.com” layak menang. If not, boleh juga Undi Bloggers Lain dan sama-sama memeriahkan MSMW2014 ini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “MSMW2014 – Layakke Menang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.