Cleaner Indonesia – Hatiku Tersentuh

DSC05875

Last time hati saya tersentuh dengan Makcik Cleaner. Semalam, hati saya disentuh oleh Cleaner Indonesia pula. Begini kisahnya. Semalam pergi check up pregnancy isteri di Ampang Puteri Specialist Hospital. On the way, pulang singgah di tandas sekejap. Sayu saya melihat seorang Cleaner Indonesia tengah makan kudapan @ Mamee pek kecil. Dalam fikiran saya, mungkin kerana kantin tutup dan dia tak mampu nak pergi makan di kedai makan di sekitar APSH yang boleh tahan mahal juga harga makanannya.

Keluar tandas, anak-anak saya berkejar-kejar ke sana ke mari. Cleaner tersebut panggil anak saya dan hulurkan satu pek Mamee nya. Time tu dia ada dua pek mamee kecil saja. Speechless saya sekejap. Terkedu. Simple act of kindness memang menyentuh hati saya. Time tu mula saya fikir nak hulurkan duit kepadanya tapi saya takut difikirkan semacam pula ditambah nak cepat ke tempat kerja ambil cuti waktu pagi saja.

Urmm, tak semua pendatang asing/pekerja asing itu tak bagus. Banyak yang saya jumpa yang bagus.

P.s : Teringat zaman belajar dulu pernah jadi Cleaner . Most makcik2 Cleaner di UK baik-baik dan peramah.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Cleaner Indonesia – Hatiku Tersentuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.