SirapLimau – Bukan Cerita Lucah

Tetiba mood rajin malam ni. Dah lama tak join blog contest. Tetiba merajinkan diri untuk join Contest Review SirapLimau ini . Blog yang memaparkan banyak Cerita Lucah di dalam ini, sentiasa menjadi tarikan pembaca. Hehehe, Just Kidding. Tiada cerita SX di blog ini .

siraplimau

Inilah review dari kacamata seorang blogger Cap Ikan Ayam Goreng :

1) Nama blog – Senang ingat, senang sebut. Catchy dan menarik perhatian

2) Tagline – Segar lagi Menyegarkan!. Sangat menarik . First impression, mesti sangka ini blog pasal makanan yang menggiurkan. Jeng, jeng, jeng, anda silap…..

Sirap Limau Ais
kredit picture – http://fmina08.blogspot.com/2010/05/sirap-limau-kasturi.html

3) Template Blog – Kemas dan bersahaja. Sejuk mata memandang tanpa diberatkan dengan iklan-iklan yang banyak. Dua tiga kali masuk, tak perasan pun rupanya ada juga iklan di blog SirapLimau. Berjaya.

4) About Blog – Blog ini memaparkan kisah rumahtangga especially seorang isteri . Kehidupan realiti seorang isteri dan dugaan yang dihadapi. Bila melihat entri-entri di blog, saya sentiasa teringatkan satu ruangan khas di suratkhabar “Kisah Rumahtangga” yang berkongsikan pengalaman dan pahit manis kehidupan rumahtangga.

5) Niche Blog – Memang nice. tak banyak niche sebegini di Malaysia.  Satu perkongsian kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan panduan especially buat wanita samada yang belum berkahwin ataupun yang telah berkahwin.

6) Target Audiance – Of course la wanita kan?Namun lelaki pun boleh baca. Mr Titan antara pembaca setia blog ini. Katanya memperlengkapkan ilmu sebelum menjijakkan kaki ke jinjang pelamin , urrmm, tahun ini ya Mr titan?

7) Entri Pilihan – Seimbas lalu, antara entri yang menarik perhatian saya antaranya :
* Mahukan Tips Mendapat Anak Lelaki
* Ketahui 6 Keburukan bila Anak Asyik Main IPAD dan Tablet (yup, Alisya antara yang suka bermain IPAD)
* Isteri yang Diuji dengan Poligami

8) Gaya Penulisan
– Gaya Penulisan agak bagus ala-ala Majalah Wanita dengan gaya bahasa baku sepenuhnya. First time, sangkakan entri ‘Copy Paste” tapi bila dibaca kembali, saya merasakan ianya diolah sendiri oleh Penulis.

9) Siapa Penulis ?
– Saya tahu siapa penulis blog ini. Namun, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapa penulis di sebalik blog ini?

10) Kekurangan Blog ini
– Masih kurang promosi dan interaksi jika dilihatkan pada bilangan komen . Namun siapa sangka mungkin trafik blog ini mencecah >5K sehari kot?
– Hadiah Reward Point blom cukup menarik dan ianya tidak diterangkan secara terperinci di blog
– Banyak Tips dan perkongsian menarik, cuma in term of perkongsian melalui social media masih kurang. Urmm, Melayu memang liat nak klik Like & Share entri2 menarik kan?

11) Cadangan
– Contest secara berkala. Yes, contest yang dianjurkan ini agak “Cool” .
– Menjemput Penulis Jemputan untuk turut menulis i.e. AbangEnsem boleh berkongsikan “Tips Kacak dan Bergaya” . Hehehe..Just kidding
– Lebihkan promosi

Overall, quite nice blog. Rating saya berikan 7/10 cuma still lack in term of promosi dan engagement dengan pembaca.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com

P.s : Jemput Join Contest Instagram Ini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “SirapLimau – Bukan Cerita Lucah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.