Hotel Review – Semalam di Pantai Indah Seaview Resort

Bulan lepas, sempat kami bermalam di Pantai Indah Seaview Resort. Lokasinya yang lebih kurang 5-10 minit dari Restoran Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram menjadikan faktor utama kami memilih resort ini selain daripada harga menginap yang begitu murah di sini .

Pantai Indah Seaview Resort 1

Lebih kurang macam unit Apartment. Harga menginap di sini :
Standard 2 bilik – RM100 semalam
Deluxe 3 bilik – RM120
Executive 3 bilik – Rm160 semalam

Kami memilih untuk mengambil yang RM100 semalam coz datang satu family je.

Pantai Indah Seaview Resort 2

Kunci bilik, blok 3 tingkat 6. Check in check out standard macam hotel la.

Pantai Indah Seaview Resort 3

View dari balkoni. Kemudahan parking agak banyak.

Pantai Indah Seaview Resort 6

Salah satu bilik . Tidakla ekslusif tapi setakat nak tidur sambil pekena Ikan bakar, memang ok rasanya.

Pantai Indah Seaview Resort 7

Satu lagi bilik tidur, katil Queen juga. Ada Aircond di salah satu bilik dan ruang tamu. Bilik satu lagi disediakan kipas.

Pantai Indah Seaview Resort 9

View dari beranda luar bilik. Nampak la pemandangan laut. Santai juga.

Pantai Indah Seaview Resort 10

Tandas. Ada dua tandas disediakan.

Pantai Indah Seaview Resort 11

Ruang tamu. Perabut-perabut agak lama. So, berbaloi la dengan harganya kan?

Pantai Indah Seaview Resort 12

Ada kettle . Yang lain-lain i.e. seterika tidak disediakan.

Pantai Indah Seaview Resort 28

Swimming Pool pun ada cuma kalau singgah petang berhati-hati sikit coz banyak nyamuk.

Pantai Indah Seaview Resort 31

View dari swimming Pool. Okla kan, mana nak cari unit sebegini yang RM100 semalam?. Kalau di KL, nak cari swimming pool terbaik, bolehla singgah di Homestay Regalia Studio. Swimming Pool terbaik, view terbaik.

Pantai Indah Seaview Resort 32

Papa, jom balik?

Pantai Indah Seaview Resort 38

View waktu petang almost nak sunset. Nice juga.

Pantai Indah Seaview Resort 40

Bawalah keluarga bercuti ketika kelapangan, santaikan fikiran dan happykan hati mereka.

Pantai Indah Seaview Resort 42

Sambil-sambil singgah Pantai Jeram pekena Ikan Bakar.

Pantai Indah Seaview Resort 44

Salah satu tempat menikmati ikan bakar terbaik di Malaysia.

Pantai Indah Seaview Resort 45

Jemput makan, jangan malu-malu, jangan segan-segan.

Pantai Indah Seaview Resort 55

View waktu pagi. Overall, harga murah, lokasi strategik dan kenalah dengan pengalaman dirasai. Terimakasih buat Nadot atas entrinya Pantai Indah Seaview Resort yang menjadikan salah satu faktor kami memilih resort ini. Siapa cakap blogger tiada pengaruh? .Entri dah dua tahun , pengguna macam saya masih mencari. Dari review sebeginila pengguna macam saya membuat keputusan samada nak go ahead or reject, tak gitu?

Tempah di Sini –> Pantai Indah Seaview Resort

 

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Selangor  saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Hotel Review – Semalam di Pantai Indah Seaview Resort

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.