Sangat Sedap – Restoran Seafood Maya, Pulau Langkawi

 Restoran Seafood Maya, Pulau Langkawi, memang saya rekomenkan buat sesiapa yang bercuti di Pulau Langkawi. Restoran ini terletak di Pantai Tengah, berjalan kaki dari Holiday Villa Langkawi. 2 malam berturut-turut kami makan malam di sini :

Restoran Seafood Maya Langkawi 7

Siakap masak Asam Boi. Voila, Sangat sedap. Saya normally, tak boleh makan sangat yang ala-ala kukus ni, tapi yang ni, memang sedap dan kena dengan selera kami.

Restoran Seafood Maya Langkawi 8

Sotong Celup Tepung. Ranggup dan menggiurkan. Alisya suka, kami pun suka.

Restoran Seafood Maya Langkawi 6

Seafood Tomyam. Antara tomyam tersedap pernah saya try. Harga pun sangat berpatutan.

Restoran Seafood Maya Langkawi 4

Suasana santai. Ada akuarium, tempat azim mundar mandir melihat ikan di dalam akuarium.

Restoran Seafood Maya Langkawi 3

Terbaik. Review siap dengan gambar. Most of them adalah foreigner, testimoni dari pelancong asing.

Dapatkan di Sini –> Panduan Memasak Kek Coklat Yang Sedap

Restoran Seafood Maya Langkawi 1

Selera Melayu & Thai Cuisine.

Restoran Seafood Maya Langkawi 2
Tempahan/Booking boleh hubungi Puan Maya di 017-5519873

Memang sedap. Makan sekeluarga dalam 5 dewasa dan 2 kanak-kanak menu di atas bersama air, tak sampai RM100. Berbaloi kan? Overall, highly recommended. Overall rating 8.5/10 .

Jika mencari tempat penginapan yang sesuai di Pulau Langkawi pula, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut untuk dijadikan rujukan memilih hotel yang kena dengan citarasa.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Sangat Sedap – Restoran Seafood Maya, Pulau Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.