Sambil Menyelam, Sambil Minum Air

Saya antara pengguna setia Shell. Mungkin kerana kerja pertama saya selepas SPM adalah “Pump Attendant” sementara menanti result SPM. Ditambah pula, bapa mertua yang sudah menggunakan kereta sangat berpuas hati dengan minyak dari Shell. Semenjak membeli kereta Myvi pertama kami, Shell semestinya menjadi pilihan kami.

So far, sudah menggunakan minyak shell lebih dari 5 tahun untuk kereta kami, memang jarang kereta kami rosak dan agak berpuashati dengan kualiti minyak Shell. Boleh dikatakan almost satu Semenanjung Malaysia sudah kami pusing dengan kereta kami i.e. ketika pulang ke kampung halaman, Terengganu dan Kelantan yang jaraknya beratus-ratus kilometer dari KL, tempat tinggal kami. Semestinya, faktor minyak petrol yang berkualiti menjadi pilihan kami.

Selain itu, kemudahan di kedai Shell Select pun agak memuaskan. Makanan, ATM Machine, Staff yang kebanyakannya agak peramah, dan lokasinya yang agak strategik. Boleh dikatakan di semua lebuhraya mempunyai Stesen Minyak Shell , jadi mudahla kami untuk mengisi minyak sambil membeli apa-apa yang patut.

DSC09203

Satu lagi faktornya adalah Sambil isi minyak boleh kumpul Point bersama BonusLink. Point ini boleh dikumpulkan dengan pelbagai barangan menarik bila dah cukup pointnya. Pernah la juga beberapa kali saya/keluarga redeem. Bak kata Pepatah, Sambil Menyelam, sambil minum air. Sambil isi minyak dan beli barang, dapat kumpul point bersama BonusLInk.

Bonuslink 1

Sebut pasal Shell dan Bonuslink, nampak macam ada peluang untuk menyelam dan minum air lagi. Ada contest menarik 100 Million Bonuslink Points to Be Won!. Agak banyak juga tu.

Urmm, malas la nak join, mesti leceh ni. Malas la. Baik saya layan tengok movie. Malas la. Malas la…

Bonuslink 2

Urmm, tak susah rupanya. Hanya perlu Collect Points di Shell dan dapat peluang berganda jika shopping di BonusLink partner yang lain dalam minggu yang sama. Urmm, syarat pertama macam dah lepas.

Bonuslink 3

Kat mana agaknya Bonuslink partner yang lain?

Good News for us, salah satu Bonuslink partner antaranya Parkson, salah satu tempat shopping kegemaran Isteri. Bonuslink Partner yang lain antaranya Focus Point (wifey suka beli cermin mata di sini ), Digi , Public Bank atau bolehla rujuk di SINI.

Aiseh, kalau camni, bolehla nanti sambil-sambil saya isi minyak seminggu 2-3 kali di Shell, bolehla shopping di Parkson dan Focus Point juga. Boleh saya cari cermin mata anti glare untuk saya di Focus Point sambil swipe Bonus Link dan berpeluang menang banyak point. Cun juga kan? Sambil menyelam sambil minum air.

BonusLink dan Shell, dua-dua memang dah lama dengan kami. Pernah cuba nak mencuba yang lain, tapi masih serasi bersama. Kalau camni, memang kena rebut peluang join contest ini. Lagipun memang tak susah mana pun contest mechanismnya. Tak gitu?

Owh ya, sebelum terlupa, bagi yang tidak tahu, Maksud sambil menyelam sambil minum air adalah membuat sesuatu pekerjaan tetapi mencapai lebih dari satu perkara. Nice kan? Ini baru la produktif namanya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

32 thoughts on “Sambil Menyelam, Sambil Minum Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.