Pilih Unit Suria Ixora Setia Alam

Launching Suria Ixora Setia Alam 2

Hari ini pemilihan unit Suria Ixora Setia Alam . Saya tidak dapat hadir dan hanya wakilkan agen hartanah kerana Isteri ada meeting di sekolah dan pengasuh ada hal. Jadi babysitter harini. Preference saya berikan kepada Agen Hartanah i..e Tingkat 7, 9, 11 or 5. Apartment yang 12 tingkat ini saya rasakan agak ok, low density dan saya rasakan harga masih rendah. RM245,500 pada 700sq feet di lokasi yang semakin meningkat naik, membuatkan saya memilih untuk ambil unit ini.

Launching Suria Ixora Setia Alam 3

Agen cakap, sebelum pukul 7 pagi sudah ramai yang beratur. Konsep dia first come first serve pilih unit. Cuma, extra keutamaan diberikan kepada staff dan VIP customer yang membeli unit Suria Ixora ini.

Launching Suria Ixora Setia Alam 4

Beratur panjang. Dari 70-30, agen mengatakan ianya dah jadi 60-40 (allocation bumi/non bumi) kerana banyak uni bumi tidak terambil. Unit non bumi sold out siap masih ramai yang queue menanti saja allocation bumiputra yang tidak terjual diberikan kepada non-bumi. Umm, di sini sudah nampak begitu jauhnya jurang ekonomi antara bumiputra dan non bumi.

Launching Suria Ixora Setia Alam 5

Sabar menanti giliran. Pukul 10 lebih agen call, unit facing swimming pool, corner lot,  sudah dipilih. Yang tinggal unit facing commercial unit dan facing recreational park (hutan). Mula-mula memang teringin nak ambil yang facing recreational park, namun selepas disuggestkan oleh agen, berubah fikiran memilih commercial unit. Some people ada yang tak berapa suka facing hutan plus recreational park tu mungkin mengambil masa yang lama untuk dibangunkan.

Launching Suria Ixora Setia Alam 6

For me, Pelaburan dalam hartanah antara satu pelaburan yang menguntungkan. My strategy, untuk long term. Untuk masa depan anak-anak dan dapat income dari rental. Bukan flip n sell. Apapun , lain padang, lain belalang kan?

Launching Suria Ixora Setia Alam 1

Pukul 12 lebih, agen call. Tingkat 7,9 dah penuh . Jadi kami dapat Unit 11-18. Tingkat 11, No. 18. Orang cakap, lagi tinggi unit, view lagi cantik dan juga boleh fetch better prize untuk Apartment unit.

Alhamdulillah, bakal tertunai satu wishlist untuk Tahun 2014. Terimakasih diucapkan buat Sifu Hartanah Abang Ensem, Mat Joe dan Flipping For Dummies

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Pilih Unit Suria Ixora Setia Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.