≡ Menu

IMG_0796
Senyum sekejap bila baca entri Sifuku –> Anak Muridku Kian Sukses . Alhamdulillah, dari awal saya praktikkan “Mencari Penyewa dari Syurga” , saya tidak begitu mempunyai banyak masalah dengan penyewa saya. Hanya sekali rasanya penyewa lambat bayar, itupun kerana dia lambat dapat gaji. Jadi ianya dimaafkan. Pendek cerita, hati tenang, phone tak pernah berdering. Barangan dalam rumah rosak, penyewa baiki guna duit dia sendiri. Siap upgradingkan rumah sewa saya dengan ditambahkan kitchen kabinet dan 2 lagi aircond ke 2 buah bilik.Kalau dapat penyewa camni, memang aman kan hidup?

* Info - 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

Tak adil rasanya kalau saya tidak kongsikan sekali Tips Mencari Penyewa dari Syurga ini yang telah dikongsikan oleh sifu saya. Antara tips nya:

1) Deposit rumah adalah satu kemestian. 2+1 or 2.5 normally. Kalau tak boleh kasi deposit, reject je terus.
2) Minta salinan IC dan kalau boleh slip gaji sekali (kalau yang ble kasi slip gaji, extra point dan diberikan keutamaan)
3) Cari yang menepati masa. Kalau janji 10.30 pagi datang 10.40 pagi, terus reject. Normally orang yang menepati masa adalah lebih boleh dipercayai dari yang tidak menepati masa
4) Jumpa sendiri dengan bakal penyewa. Tengok perangai mereka. Kalau dari awal pun dah banyak songel nak itu, nak ini, bayar lewat itu, lewat ini, reject je terus.
5) Last one, lebih baik rumah tiada penyewa 1-2 bulan dari dapat “Penyewa dari Neraka” untuk jangka masa panjang.

Kalau Tips Nak Mudah Lulus Pinjaman Rumah pula, bolehla refer SINI dan SINI 

Last but not least, thanks Buat Sifuku @  Aaron Aziz  versi dah tak berapa nak muda. Serius kalau bukan sebab gua join Seminar Lu, Sampai Sekarang Gua Mati kutu nak cari Penyewa dari Syurga.



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

Leave a Comment

WP-SpamFree by Pole Position Marketing