Pengalaman Shopping di Plaza Ampang City

 Bulan lepas sempat kami singgahi di Plaza Ampang City. Tempat ini agak tersorok sedikit. First time singgah selepas direkomenkan oleh pengasuh kami. Katanya pelbagai pilihan barangan di sini dengan harga yang berpatutan. Pucuk di cita, ulam mendatang, time kami datang itu dilayan oleh salah seorang Pengurus Operasi di beberapa kedai ini, Encik Izham .

Shopping di Plaza Ampang City 2

Most kedai berada di tingkat 1. Salah satu kedai yang agak unik dan sentiasa menjadi pilihan wanita adalah kedai beg. Beg tangan, beg bagasi dan pelbagai beg lagi. Kata encik Izham , most beg di sini adalah original .Direct order dari supplier di oversea mostly.

Shopping di Plaza Ampang City 3

Usha-usha, Isteri mula rambang mata dengan pelbagai jenama i.e. Harrods, Samsonite dan pelbagai lagi. Harga saya perhatikan agak berpatutan. Di sini tidak crowded sangat, jadi selesa untuk memilih or tawar menawar.

Shopping di Plaza Ampang City 5

Pilih mana-mana yang berkenan. Disusun cantik bagi memudahkan pelanggan memilih.

Shopping di Plaza Ampang City 8
Time ni usha-usha dulu. Ada duit lebih nanti, boleh datang lagi belanja Isteri.

Shopping di Plaza Ampang City 9

Selain beg, antara kedai-kedai lain antaranya kedai judal jersi. Jersi Kelantan antara yang sentiasa menjadi pilihan pengguna di sini. Orang Kelantan memang ramai menetap di Kuala Lumpur kan?

Shopping di Plaza Ampang City 10

Koleksi Ikon, Koleksi Red Warrior. Harga, memang agak murah dan berbaloi. Tak perlula sampai nak pergi Rantau Panjang semata-mata nak beli jersi.

Shopping di Plaza Ampang City 11

Favourite kami, sudah semestinya kedai Pakaian Kanak-Kanak yang juga berada di Tingkat 1 ini. Pelbagai pilihan baju kanak-kanak, kasut yang membuatkan memang rambang mata dibuatnya.

Shopping di Plaza Ampang City 12
Kasut. Azim Pilih kasut, Alisya pilih selipar berkelip-kelip. Bukan main gembira anak-anak.

Shopping di Plaza Ampang City 13

Pilih sampai lebam. Kalau beli banyak boleh dapatkan harga diskaun/tawar menawar. Kalau yang lagi rajin, boleh hubungi Encik Izham order banyak-banyak terus in bulk. Jual dalam bentuk wholesale pun ada. Kalau yang buat bisness online jual baju kanak-kanak, sini pun pelbagai pilihan. Harganya pun memang agak murah dan setanding dengan baju kanak-kanak yang dijual di Kenanga Wholesale City misalnya.  Yup, kami pun memang rambang mata dibuatnya.

Shopping di Plaza Ampang City 15

Isteri dan Azim masih memilih-milih pakaian. Hehehe….

Shopping di Plaza Ampang City 16
Alisya pun tidak melepaskan peluang sama. Tanggalkan kasut, terus cari yang mana berkenan.

Shopping di Plaza Ampang City 19

Amboi-amboi, sampai terduduk di buatnya.

Shopping di Plaza Ampang City 21

Selain kedai beg, jersi, pakaian kanak-kanak, kedai untuk orang lelaki i.e. menjual kasut kerja/casual juga ada di tingkat 1 ini. Harga? Memang worth it. Kalau tak kerana nak cepat aritu, memang dah angkat sepasang kasut.

Shopping di Plaza Ampang City 23Kemeja kerja pun ada dijual. Murah-murah dan berkualiti. I.e. satu helai rm50, 3 helai RM100. Next time memang kena singgah ni. Tahun baru, kena tambahkan koleksi baju kerja. Tak gitu?

Shopping di Plaza Ampang City 24

Anak-anak dah, lelaki dah, pakaian wanita pun dijual juga. Serba lengkap la tempat ini. Cuma mungkin kurang promosi dan lokasinya yang agak tersorok, ramai yang kurang tahu kehadiran Shopping Mall ini .

Shopping di Plaza Ampang City 26

Pilih-pilih, jangan malu-malu.

Shopping di Plaza Ampang City 27

Kualiti dan harga memang saya rasakan berbaloi. Kemudahan parking pun banyak cuma nak parking bawah tu kalau wanita, saya syorkan datang at least bawa teman.

Shopping di Plaza Ampang City 30
Pemandangan dari luar kedai. Quite nice actually shopping complex ini cuma mungkin kena diperbaiki kemudahan yang sedia ada dan dilebihkan promosi. Engagela kami bloggers sudah pasti yang terbaik kami berikan, tak gitu?

Shopping di Plaza Ampang City 31

Saya biarkan isteri seketika, agak-agak dah habis shopping belum ya?

Shopping di Plaza Ampang City 42

Hasil rembatan. Cuba teka total harga? Overall tak sampai RM150 campur dengan selipar Alisya sekali. Berbaloi rite?

Shopping di Plaza Ampang City 43Cantik dan kena dengan Alisya.

Shopping di Plaza Ampang City 46
Ini untuk Azim pula.

Overall, Kedai-Kedai di Tingkat 1 Plaza Ampang ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian untuk seisi keluarga dengan harga yang berpatutan. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga pakaian di Parkson, AEON, Midvalley, dan KLCC. Memang saya syorkan shopping di sini di kala kos sara hidup yang semakin meninggi . Jimat belanja puas hati.

Alamat :
Plaza AMpang City
Tingkat 1, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi :

Hari weekday kedai buka jam 1030pg – 700ptg
weekend 1030pg – 730ptg
Kecuali jumaat buka jam 230ptg-730ptg utk bg staff sempat solat jumaat

Kalau nak beli pakaian or barangan secara pukal di sini, bolehla hubungi Encik Izham di 0172040177

Selain itu, Kalau nak shopping barang-barang murah online, saya syorkan shopping di Lazada Malaysia –> http://ho.lazada.com.my/SH1SLX

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Pengalaman Shopping di Plaza Ampang City

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.