Hotel Review – Pengalaman di Holiday Villa Langkawi

Ketika Percutian di Pulau Langkawi bulan lepas, kami sempat menginap 2 malam di Holiday Villa Langkawi. Lokasinya yang agak strategik terletak di Pantai Tengah tidak jauh dari Pantai Cenang dan destinasi menarik yang lain di Pulau Langkawi. Agak cantik Holiday Villa Beach & Resort Langkawi ini. Terletak di tepi pantai dan berdekatan dengan jalan utama.

Holiday Villa Langkawi 5

Inilah bilik kami. Bilik yang berharga RM400+ semalam untuk kami sekeluarga. Kami ambil extra bed pada harga RM40 semalam.

DSC08688

Kadar harga bilik di sini untuk tahun 2013. Tahun 2014 mungkin ada sedikit perbezaan harga. Time kami datang bulan lepas, memang time cuti sekolah. Semua bilik di sini fully booked. Rezeki kami, dapat juga satu bilik dan harga istimewa courtesy to Holiday Villa HQ.

Holiday Villa Langkawi 6

Bilik air. Macam bilik air hotel-hotel yang lain yang turut disediakan bath tub.

Holiday Villa Langkawi 7

Ruangan Lobi. Staff di sini sangat peramah dan mesra pelanggan. Memang mudah untuk bertanya dan meminta pertolongan.
Holiday Villa Langkawi 8

Kemudahan swimming pool turut disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa. Upgrading process untuk Infinity Swimming Pool bersebelahan Pantai tengah dijalankan. Tentu lebih menarik selepas ini apabila swimming pool satu lagi siap dibina.

 

Holiday Villa Langkawi 9

Seronok nampak pengunjung mandi manda di sini.

Holiday Villa Langkawi 10

Pantai. Air pantai agak bersih dan kebersihan pantai agak terjaga. Nampak ramai pengunjung berbangsa asing memilih hotel ini mungkin atas faktor lokasi yang strategik dan kemudahan yang pelbagai disediakan.

Holiday Villa Langkawi 11

Jom rileks-rileks kan diri di Pantai. Mat Salleh misalnya memang suka bersantai dan berjemur di tepi pantai.

Holiday Villa Langkawi 12

Banyak kerusi disediakan buat pengunjung dan tetamu hotel.

Holiday Villa Langkawi 15

View waktu pagi. Ada pengunjung yang mengambil kesempatan mandi pantai dan ada pula yang tidak melepaskan peluang berjalan-jalan dan ambil angin pantai.

Holiday Villa Langkawi 16

Pengunjung dari Korea/Jepun rasanya. Seronok tengok mereka bermain-main dan beriadah seisi keluarga.

Holiday Villa Langkawi 22

Antara kemudahan lain yang disediakan antaranya meja ping pong dan tempat main chess besar. Seronok juga main chess besar kan?

Cuma, bagi saya seorang blogger, antara yang perlu diimprovekan antara kemudahan wifi kerana di sini wifi tidak disediakan secara percuma. Perlu subscribe by hour or by day. kalau tak silap kalau sehari dalam RM40. Sekarang pelancong dalam melancong, kemudahan wifi adalah suatu kemestian dalam memilih hotel yang bakal mereka kunjungi.

Holiday Villa Langkawi 26

Ada masa mungkin akan kami singgahi sini lagi di lain masa. Overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk Holiday Villa Hotel & Resort ini. Kemudahan yang terbaik dan layanan staff yang peramah.

Tempah Hotel ini di SINI

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Pulau Langkawi saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Hotel Review – Pengalaman di Holiday Villa Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.