Lebih Mudah dengan Maybank Cardless Withdrawal

Mak, duit dah masuk. Nanti mak ambil la ya. Saya dulu transferkan duit dari Maybank2u ke akaun mak di Bank Simpanan Nasional (BSN). Kadang-kadang lambat juga mak nak pergi ambil duit kerana BSN tak banyak cawangan di Terengganu dan time tu Mak jarang gunakan mesin ATM kerana mak tidak begitu pandai menggunakan Kad. Selalunya adik bongsu yang tolong ambilkan.

Time adik belajar di Uitm, adik gunakan Akaun Bank Islam. di Uitm time tu ATM Machine yang ada katanya Maybank dan CIMB. Jadi, biasanya saya selalu transferkan duit dari Maybank2u dan ditransferkan ke akaun teman wanita adik. Teman wanita adik ada akaun Maybank. Lebih mudah nak transferkan, dan lebih mudah nak keluarkan. Yerla, time belajar kadang-kadang saya transferkan RM100 – RM300 untuk adik bila dia memerlukan.

Adake solution kalau nak transferkan dari Maybank2u dan tidak perlu gunakan kad dan boleh ambil duit tu di ATM Maybank? . Kan lebih mudah i.e. untuk senario saya di atas. Mudah la sikit kerana banyak shell minyak di terengganu ada atm Maybank . Lebih mudah mak saya nak terima duit.

Maybank ATM

Maybank – Yes, Ianya kini boleh dengan “Maybank Cardless Withdrawal” (Pengeluaran Tanpa Kad). Boleh transferkan dari Maybank2u ke orang yang ingin kita transferkan or diri sendiri i.e. time kita kehilangan wallet dan sangat memerlukan cash ketika itu, hanya transferkan menggunakan Maybank2u ke individu/diri sendiri asalkan pengguna tersebut ada access ke Maybank ATM . Tidak kira pengguna tersebut pelanggan Maybank mahupun tidak.

Pengeluaran tanpa kad juga boleh digunakan dengan Maybank2u app. Bagi yang belum mengaktifkan Maybank2U akaun bolehla aktifkannya seperti di video di bawah ini :

Saya sudah try, mudah dan agak praktikal .

cardless251113_imagesummary

 

Maybank Goes Cardless. Yieza, kalau tak bawa wallet pun still boleh keluarkan duit, tak gitu?. Jom tengok langkah-langkahnya :

Cardless Withdrawal Maybank 1

 

Langkah 1 – Log In ke Maybank 2u. Pilih Transfers dan Pilih Open Cardless Withdrawal dan Select Open Cardless Withdrawal.

 

Cardless Withdrawal Maybank 2

 

Langkah 2 – Masukkan Informasi i.e. dari akaun mana (Akaun Maybank sendiri) ke No. telefon pengguna yang mahu kita transferkan duit tersebut. Masukkan  Nama dan Amount. Had Limit adalah RM300 setiap hari dan hanya 2 transaksi dibenarkan. No charge dikenakan sehingga 28 February 2014 dan selepas itu charge sebanyak RM1 dikenakan bagi Maybank Cardless Withdrawal.

Kelebihan lain, kita boleh transferkan duit ke pemilik ke No. telefon mereka walaupun mereka bukan pengguna Maybank.

 

Cardless Withdrawal Maybank 4

Langkah 3 – Isikan no. TAC

Cardless Withdrawal Maybank 5
Langkah 4 – Pengesahan akan diberikan. 2 transaction ID akan diberikan kepada individu yang mengirim duit dan individu yang menerima duit. Dual authentication bagi mengelakkan fraud case dan penipuan.

IMG_3526

Langkah 5 – COntoh saya, saya transferkan kepada saya sendiri. Jadi saya menerima both transaction ID 1 dan 2 . ID satu 16/17 angka dan ID dua (6 angka). Kalau ada satu ID saja, still tidak boleh keluarkan duit dan ID ini hanyalah valid dalam tempoh 24 jam. Selepas itu, ianya akan ditransferkan kembali kepada pemilik akaun.

IMG_3534

Langkah 6 – Bagi yang menerima duit tersebut, pergi ke ATM Machine Maybank. Kad tidak diperlukan. Tekan dan pilih Pengeluaran Tanpa Kad (Cardless Withdrawal).

IMG_3535

Langkah 7 – Masukkan 17 digit nombor seperti yang diberikan (Penerima).

IMG_3536

Langkah 8/Terakhir – Masukkan Kod Pengeluaran 6 Digit (yang diberikan oleh penghantar). Settle, dapat keluarkan duit. Penerima happy, pengirim pun happy. Win-Win.

Atau boleh layari video di bawah  ini untuk informasi lanjut   :

Antara kelebihan Maybank Cardless Withdrawal antaranya :

1) ATM Card tidak diperlukan bagi mengeluarkan wang
2) Boleh dikeluarkan di lebih kurang 400 Mesin ATM Maybank seluruh Malaysia
3) Penerima tidak semestinya pelanggan Maybank. Anyone boleh menerima
4) Boleh hantarkan ke diri sendiri or orang lain


For me ianya agak quite praktikal i.e. dalam senario berikut :

1) Wallet hilang or terlupa bawa wallet ke ofis. Kadang-kadang ofismate mungkin skeptical bila kita nak pinjam cash ni. Hehehe, kadang-kadangla.
2) Mengirim duit dalam kuantiti yang kecil ke keluarga/saudara mara
3) Bayar Upah or kirim wang kepada rakan-rakan yang tiada akaun Maybank. Another option yang boleh digunakan selain Interbank transfer
4) Maksimum amount Rm300 sehari, jadi ianya boleh mengelakkan/mengurangkan fraud case tersilap transfer

Berita baik, Maybank menawarkan hadiah RM500 setiap hari buat sehingga 5 February 2014 bagi pengguna yang melakukan transaksi “Cardless Withdrawal” yang berjaya. Good Luck.

P.s : Bagus tak penggunaan Maybank Cardless Withdrawal ini?  Apa pandangan anda?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “Lebih Mudah dengan Maybank Cardless Withdrawal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.